PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sabtu, Mac 19, 2011

REFORMASI: pertimbangannya perlu, perlaksanaannya jitu

MEMOIR SEORANG PEJUANG


Dia, kamu dan aku
mengemis, merintih simpati
Hati terimpi-impi'
mata tercari-cari
Apakah erti.......
sebuah pengertian yang dimiliki
Aduh peritnya jejari ini
melakar sejarah
Kenapa, Mengapa dan Bagaimana?
Ah! persetan dengan jeriji besi
Undur tiada
Sesal tidak tahu
Keadilan dipinta, kezaliman dan kekejaman tidak perlu..
UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA
DEMI
Alaf Baru
Politik Baru
Malaysia Baru

zalli 2004
diolah semula lekiyourrock9
19 Mac 2011 
dedikasi: DSAI dan para reformis


Saudara Anwar Ibrahim

Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tangan mu terikat kebelakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tangan mu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya

Sekali suara mu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyambut

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah

Usman Awang ogos 1999


Mata

Aku merindukan mata bayi
setelah aku dikhianati mata durjana,
Aku merindukan matahari
kerana aku dikerumuni mata gelap,
aku merindukan mata angin
karena aku disekap mata merah saga.
Wahai mata pisau!
Mata pisau dimana-mana.
Mata batin!Mata batin!
Hadirlah, kamu!
Hadirlah kamu di saat yang rawan ini.
Wahai mata batin!
Kedalaman yang tak terkira.
Keluasan yang tak terduga.
harapan di tengah gemalau ancaman.

[Sajak ini pernah dibacakan oleh W.S. RENDRA dalam program
"Memerdekakan Rakyat", anjuran Institut Kajian Dasar (IKD)
pada 29 September 2002]
 

Mata Hana
[Kepada anak bongsu Anwar Ibrahim - selain ingatan kepada
filasuf Jerman abad ke-20, Hannah Arendt]

Disebuah hari yang seperti sudah siap untuk kecewa
Di bawah pintu sekeping surat; kering, tetapi telah bersuara
"Kekasihku," sepotong sayu yang entah bila dituliskan kembali,
"aku harap kita dapat bertemu....."
Musim daun gugur, cuaca kering, selepas begitu banyak orang bertanya,
tentang usia, bukan cinta.

Ia persis cerita nenek dan ibumu, barangkali, yang akan hadir di tebing katil,
dan berbicara tentang kisah raja-raja zalim dengan pahlawan yang tampan.
Kau mendengar, tetapi, apa sesungguhnya bisik hati mu, selain kau tuliskan
kemudiannya, dan hari ini, siapa yang sepenuhnya membaca, mungkin tak
sepenuhnya tahu.

Hana (juga Arendt), apakah beza antara kota-kota, bangsa-bangsa, sejarah-sejarah
dengan hikayat oleh nenek dan ibumu? Kelam dah datang, kelam telah pergi, dan
apakah yang tersisa....kecuali 'harapan'. Di malam itu, kau pun terlena,
dalam gelisah, tetapi tidak seluruhnya basah oleh air mata.

Nanti, di hujung minggu, kau akan berjalan lagi ke tebing kota,
daun-daun telah dipijak si lalu-lalang, dan memar pada langit.
Telah mendung warna zaman, tetapi kaulah yang sebenarnya beruntung,
kerana di bawah redup renunganmu - perang yang seperti dalam kisah-kisah
sebelum tidur itu - telah betapa kuatnya kau membuang dendam. Ia, aku baca
dalam surat-suratmu yang terakhir, yang kau sisipkan bawah pintu, depan
kamar, sebelum kau menyusul kembali beberapa bulan selepas itu.

"Janganlah kau pergi, sebelum membekaskan sesuatu pada hati ku, H pernah
berkata. Di luar, langit pun jadi sangat-sangat biru.


- Hasmi Hashim, Oktober 2004, KL
26 oKTOBER 2004



Tiada ulasan:

Catat Ulasan