PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Februari 06, 2011

INTERGRASI: peranan ketua kampong

PERANAN KETUA KAMPUNG: BERUSAHA MAJU, BANGUNKAN KAMPUNG.



Ketua Kampung adalah pemimpin kecil akar umbi yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pentadbiran kampung. Selain itu, mereka juga menjadi orang tengah kepada pihak-pihak tertentu untuk menyalurkan bantuan ataupu menyuarakan segala permasalahan.

Kalau dilihat kepada ruang tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Ketua Kampung amatlah membanggakan masyarakat setempat. Persoalannya, berapa ramaikah Ketua-Ketua Kampung dalan Negeri Perak ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan dedikasi dan ikhlas? Ada dikalangan Ketua Kampung yang amat sukar untuk mendapatkan perkhidmatannya samada dalam pengurusan pentadbiran kampung mahupun menjadi orang tengah kepada pihak-pihak tertentu. Inilah yang berlaku hari ini. Mereka langsung tidak mengambil tahu permasalahan orang kampung disamping tidak langsung berusaha maju dan membangunkan kampung.

Dari sudut prinsipnya, sewajarnyalah seorang Ketua Kampung meluangkan sedikit waktu berintraksi atau berbincang, berdailog dan sebagainya demi untk kemajuan kampung. Sehinggakan untuk mendapatkan tandatangan pun amat sukar kerana jarang ada dirumah mahupun di kawasan kampung. Alasannya terlalu sibuk. Apabila disiasat, kesibukkannya langsung tidak ada hubung kaitnya dengan pembangunan kampung melainkan mencari peluang menambah kekayaan diri. Masalah kampung tidak diambil tahu. Sedangkan dikampungnya punyai banyak masalah yang perlu diselesaikan. Penyenaraian OKU, ibu tunggal, rakyat miskin, rakyat miskin tegar tidak disediakan. Jalan-jalan kampung yang rosak dibiarkan, lebih malang lagi nama kampung ditukar sewenang-wenangnya walaupun telah beberapa kali ditegur. Ini dilihat seolah-olah bukan tugas dan tanggungjawabnya. Pandangan dan nasihat mahupun rintihan masyarakat langsung tidak diambilkira. Dari sudut bantuan, penyaluran tidak mengikut hiraki yang sepatutnya. Tetapi sekiranya pembesar-pembesar khususnya Menteri Besar, maka Ketua Kampunglah yang paling sibuk ke hulu kehilir mengekori pembesar-pembesar tersebut.

Tidak semuanya Ketua Kampung bersikap demikian, malah ada yang mempunyai perancangan yang membawa kepada pembangunan kampung.

  • "Banyak perancangan yang saya ingin lakukan untuk kemajuan dan perkembangan kampung. Saya mahu melihat kemajuan dari segi pendidikan dan menghapuskan masalah sosial. Dikampung juga banyak peluang pertanian yang boleh dilaksanakan". Ketua Kampung Dusun Hulu
  • "Saya mahu melihat penduduk mempunyai ekonomi yang kukuh. Saya juga akan cuba mendapatkan seberapa banyak peruntukan untuk penduduk susah. Penduduk juga perlu memberitahu masalah mereka supaya lebih senang untuk dibantu". Ketua Kampung Tepus
  • Saya azam jadikan Kampung Selat antara kampung termaju di negeri ini dalam pelbagai perkara. Banyak aktiviti yang dilakukan untuk memeriahkan suasana kampung. Kami juga menggalakkan JKKK mencari sumber pendapatan yang boleh membantu melancarkan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Salah satu caranya memohon buat tempat letak kereta berbayar". Ketua Kampung Sela
Itu adalah sebahagian diantara ungkapan Ketua-Ketua Kampung yang proaktif dan kreatif demi untuk kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu ada juga Ketua Kampung yang tidak aktif tetapi masih lagi dilantik sebagai Ketua Kampung.











1 ulasan:

  1. di mana umno kuat di situ rakyat merempat

    BalasPadam