'SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU' dan kami amat berterima kasih kepada para guru yang telah mendidik kami sehingga kami berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi doktor, jurutera, peguam, hakim dan lain -lain profesion, terima kasih cikgu!
MEMBEZAKAN ANTARA HAK KERAJAAN UNTUK DITAATI DAN DIPATUHI OLEH RAKYAT DAN HAK RAKYAT UNTUK MENDAPATKAN PELAYANAN YANG ADIL DARI KERAJAAN.
Sesungguhnya krisis yang berlaku di negara ini adalah berpunca dari kelalaian kita berpegang kepada firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan; menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu dan kaum kerabat kamu. Jika ia kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu kemuslihatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar-belitkan kata-kata atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." surah an nisaa.
"Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sesekali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." surah al-maaidah - 8
Ayat itu dimulai dengan rangkaikata, "Wahai orang-orang yang beriman", ertinya ada perintah yang hendak disampaikan seterusnya. Disini Allah mengingatkan dan menyuruh kita supaya jadikan diri kita ini benar-benar penegak keadilan. Dengan tegasnya janganlah jadi diri kamu tunduk kepada sesiapa yang mahu meruntuhkan keadilan. "Menjadi saksi kerana Allah itu," maksudnya ialah berani mengatakan kebenaran. Kerana berani menegakkan keadilan pada diri sendiri adalah dianggap sebagai puncak dari segala keberanian. Inilah yang disebut dalam pepatah Melayu, "Tiba didada jangan dibusungkan, tiba dimata jangan dipicingkan, dan tiba diperut jangan dikempiskan". Demikianlah pengangan bagi orang-orang bertaqwa. Kebenaran dan keadilan wajib ditegak di dunia ini supaya masyarakat manusia tidak menjadi hura hara. Janganlah pula bantu membantu di dalam menegak kezaliman dan merampas hak orang lain.
'DUDUK BERKISAR, TEGAK BERPALING'.
Firman Allah swt Bermaksud:
"Dan barang siapa yang menentang Rasul (Nabi Muhammad saw) sudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami (Allah) biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan ia kedalam neraka jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali". surah al-Nisa': 115.
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Buraidah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, mahfumnya:
"Qadi (hakim) itu ada tiga jenis; dua jenis akan berada di Neraka dan satu jenis akan berada di Syurga. Seorang qadi (hakim) yang mengerti (memahami) perkara yang hak, kemudian menghukum atas dasar hak tersebut, maka akan masuk Syurga. Seorang Qadi (hakim) yang menghukum orang atas dasar kejahilan, akan masuk Neraka, seperti juga qadi (hakim) yang mengetahui perkara yang hak, tetapi menyeleweng daripadanya akan masuk Neraka".
Hadith tersebut diriwayatkan oleh para Ashab al-Sunan al-Arba'ah (Abu Dawud, al-Termizi, al-Nasa'i dan ibnu Majah) dan al-Hakim dari Buraidah r.a. Juga diriwayatkan oleh Imam Tabarani, Abu Ya'la dan al-Baihaqi dari Abdullah Ibn Umar r.a. seperti yang tercatit di dalam Kitab Sahih al-Jami' al-Saghir bil (4446) dan (4447).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan