PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Mei 18, 2011

KEUTAMAAN: satu kajian baru dari perspektif al-qur'an dan al-sunnah

KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH

KEPIMPINAN SESUATU UMMAT MANUSIA MERUPAKAN SUATU YANG TERPENTING BAGI MANUSIA ITU SENDIRI. pEMIMPIN MERUPAKAN TERAJU PENENTUAN ARAH SUATU BANGSA DI DUNIA. PEMIMPINLAH YANG MENGERAKKAN KE ARAH KEMAJUAN SERTA PENGATUR PROGRAM BAGI SEMUA KEGIATAN MASYARAKAT.

MASYARAKAT AKAN HIDUP AMAN DAMAI SEKIRANYA PEMIMPIN MEREKA ITU BERJAYA MERANCANG SESUATU YANG BOLEH MEMBERI KESEJAHTERAAN, KEAMANAN DAN KEDAMAIAN SEBALIKNYA MASYARAKAT AKAN KUCAR-KACIR SERTA HIDUP DALAM KETAKUTAN DAN KEGELISAHAN SEKIRANYA PEMIMPIN MEREKA TIDAK BERUPAYA M,ENGATUR STRATEGI YANG MEMBERI FAEDAH MASYARAKAT UMUM.


PENYAKIT HASAD

"HASAD ADALAH PENYAKIT MERBAHAYA". SEBAGAIMANA YANG KITA MAKLUMI BAHAWA AGAMA ISLAM YANG MERUPAKAN AGAMA SUCI, SENTIASA MEMANDANG BERAT TERHADAP KESUCIAN ROHANI ATAUPU BATHIN MANUSIA. OLEH ITU SETIAP ORANG DIKEHENDAKI MENGASUH DAN MEMBIASAKAN HATINYA SUPAYA MEMIKIR SESUATU YANG BAIK DENGAN BERPANDUKAN PENGAJARAN ILMU TASAUF ATAU ILMU AKHLAK. JANGANLAH HATINYA DIASUH ATAU DIBIASAKAN DENGAN MERANCANG, MEMIKIR DAN MEMUTUSKAN SESUATU YANG BURUK, JAHAT DAN KOTOR.

PERBUATAN, PERKATAAN DAN KELAKUAN YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA ITU ADALAH GAMBARAN HATINYA.


















KEUTAMAAN AMAL DI ZAMAN FITNAH


Diantara perkara yang mesti diberikan perhatian sepenuhnya: KEUTAMAAN AMAL IBADAH DAN PERBUATAN DI ZAMAN BERKEMBANGNYA PELBAGAI DUGAAN, CUBAAN DAN FITNAH YANG MENIMPA UMMAT ISLAM. Pada zaman seperti ini, AMAL SOLEH adalah merupakan ciri dan petanda kekuatan iman, keyakinan kepada agama dan keteguhan sikap pada kebenaran Islam.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang mahfumnya:

"Seorang mukmin yang kuat adalah lebih utama dan dikasihi di sisi Allah swt daripada mukmin yang lemah". Hadith diriwayat Imam Ahmad Ibn Hambal, Muslim dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a.

Perkara ini diperkuatkan lagi oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya:

"JIHAD YANG PALING UTAMA ADALAH MENYATAKAN KALIMAH YANG HAK DIHADAPAN PENGUASA YANG ZALIM".

Sabdanya lagi yang bermaksudnya:

"Penghulu para syuhada ialah Hamzah Ibn Mutalib, dan seorang pejuang yang berdiri tegak menentang pemimpin yang zalim; dia memerintahkannya (untuk melakukan kebaikan) dan melarangnya (dari melakukan kemungkaran), kemudian dia dibunuhnya". Hadith riwayat Imam al-Hakim dan al-Diya dai Jabir Ibn Abdullah r.a.

Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. menjelaskan, maksudnya:

"Rara syuhada yang paling utama ialah: mereka yang berperang di barisan hadapan, dan mereka tidak pernah memalingkan wajahnya (ke belakang) sehinggalah terbunuh dan mati syahid. Mereka itu akan senang lenang di taman-taman syurga yang paling tinggi, sehingga Rabb tersenyum kepadanya. Dan sesiapa yang mendapat senyumannya, maka tidak akan dihisab untuk selama-lamanya. Hadit riwayat Imam Ahmad Ibn Hambal, Abu Ya'la' dan tabarani dari Nuaim Ibn Humar.

Perkaraperkara inilah yang menyebabkana mereka yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya dan beramal dengan semua kemampuan, pada zaman yang penuh dengan cubaan dan fitnah adalah lebih baik dan mulia sehingga boleh mendapatkan gajaran pahala.

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri mu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepada mu apabila kamu telah mendapat petunjuk, hanya kepada Allah swt kamu semua akan kembali". Surah al-Maidah: 105.

Rasulullah s.a.w. sabdanya yang bermaksud:

"Serulah kepada manusia kepada kebaikan (al-makruf) dan tegahlahmereka daripada kemungkaran, sehingga apabila kamu dapati semua orang telah menjadi sangat kedekut, hanya mengikut hawa nafsu, mementingkan harta benda dunia, setiap orang hanya bangga dengan pendapatnya sendiri sahaja. Dan engkau menyaksikan perkara yang tidak lagi engkau mampu untuk meluruskannya. Pada ketika ini, jagalah diri mu sendiri, dan tinggalkanlah orang awam, kerana sesungguhnya akan datang suatu masa nanti dimana KESABARAN (melakukan ajaran agama) laksana orang yang mengenggam seketul bara api. Mereka yang membuat amal kebaikan ketika itu akan memperolehi ganjaran lima puluh (50) dari kalangan kamu (sahabat). Hadith riwayat Imam Abu Daud di dalam bab: Al-Malahim (fitnah peperangan). Imam al-Tirmizi di dalam: al-Tafsir dan Imam Ibn Majah di dalam bab: al-Fitan (fitnah).

Perbincangan yang tersebut di atas, dimaksudkan bahawa orang-orang yang mengamalkan ajaran Islam secara benar dan sempurna di zaman yang sedang berkecamuknya fitnah yang datang bertubi-tubi, akan mendapatkan gajaran dan balasan pahala.

Dalam pada itu, perkara yang menambahkan KEPEDIHAN lagi adalah banyaknya penguasa politik di negara-negara Islam siap sedia bekerjasama untuk menyiksa dan membunuh orang-orang Islam yang dianggap bahaya bagi kekuatan golongan KUFFAR dan pengauasa setempat.

Maqal Ibn Yasar r.a. berkata, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"(Pahala) beribadah di dalam masa berkembangnya FITNAH bagaikan hijrah bagi ku". Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hambal, al-Tirmizi dan Ibn Majah r.a.: Sahih al-Jami' al-Saghir.




dipetik dari: Fiqh Keutamaan (keutamaan tugas-tugas kaum musliman) PROF. Dr YUSUF AL- QARADHAWI. cetakan kelima 2002.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan