PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Januari 23, 2011

SALAM: yang dibenarkan dan dilarang oleh syarak

BERSALAM DENGAN BERSARUNG DENGAN TIDAK MENUTUP BUAH DADA, YANG MANA LEBIH MULIA DISISI ALLAH swt?

Setelah dua hari kempen berjalan di PRK Tenang dijalankan. Isu BERSALAM DENGAN MENGGUNAKAN SARUNG TANGAN MASIH BELUM SELESAI DIPERKATAKAN OLEH UMNO/BN. Seandainya isu yang sebegini kecil gagal diselesaikan oleh UMNO/BN, bagaimana hendak menyelesaikan isu yang lebih besar? Kenapa begitu cetek sangat pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO/BN khususnya MCA dan Gerakan? Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO tidak menjelaskan kepada ahli komponennya berhubung dengan tatasusila bersalaman orang-orang Islam dengan bukan muhrimnya.


Dari sudut hukumnya seseorang wanita Islam dilarang sama sekali bersalaman dengan bukan muhrimnya tanpa berlapik. Sedangkan suami isteri pun sekiranya berwuduk dan tersentuh kulit tanpa lapik, maka BATAL wuduknya. Kemana perginya ustaz-ustaz muda yang begitu bangga menjadi UMNO dulu, kini dan selamanya? Apakah mereka tidak memberikan pandangan berhubung dengan perkara ini? Datuk Mashitah Ibrahim selaku Tim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Agama kenapa membisu seribu bahasa. Uztaz Jamil Khir sewajarnya menegur pemimpin MCA dan Gerakan agar tidak MENGHINA hukum Allah swt. Jangan disebabkan pangkat dan kedudukkan, kelu lidah untuk berkata-kata.

Apa yang dipraktikkan oleh calon PAS/PR dengan menyarung tangannya untuk bersalaman amat dipuji dan disokong sepenuhnya. Kenapa perbuatan ini dijadikan isu? Sedangkan syarak amat memuji akan tingkahlaku yang ditonjolkan oleh Cikgu Mala dan menjadi contoh yang terbaik untuk wanita muslim. Adakah mendedahkan sebahagian daripada aurat wanita muslim lebih mulia? Adakah mendedahkan rupa bentuk buah dada itu lebih mulia? Syarak telah memerintahkan supaya wanita Islam memakai tudung labuh agar tidak menampakkan susuk badan yang boleh menimbulkan fitnah dan dilihat lebih sopan lagi menarik. Ramai dikalangan wanita Islam tidak peka dengan perintah ini melainkan berasa bangga memperlihatkan rupa bentuk badan khususnya buah dada walaupun ada dikalangan mereka ini sudah berstatus NENEK. Tidakkah ada sedikit perasaan malu apabila dilihat oleh generasi muda?

Dari sudut syaraknya, apabila seseorang muslim itu berada didalam Masjid mahupun Surau, hendaklah mereka itu berpakaian yang SOPAN dan menutup aurat. Masjid dan surau adalah tempat beribadat, maka dengan sendirinya umat Islam sewajarnya memelihara tertib dan adab apabila berada diadalamnya.

RENUNG-RENUNGKAN LAH! KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI DUN TENANG, FIKIR-FIKIRKANLAH.............JUSTERU ITU UNDILAH CALON PAS/PR.

1 ulasan:

  1. Sejuk mata bila lihat Cikgu Mala, teruskan lah perjuangan anda serta sentiasa tabah dengan kata fitnah yg dilemparkan namun aura yang terpancar di air muka mu akan memberi kemenangan kpd perjuangan anda cikgu. Tingkat kan lah mertabat wanita di Malaysia ini. Diharapkan semua pengundi di N5 TENANG mengundi calon PR ( Cikgu Mala ). ALLAH akan membantu perjuangan MU.

    BalasPadam