PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Januari 11, 2012

24hb. januari, 2011: DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

PERSIDANGAN KHAS DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR (pindaan perlembagaan) akan diadakan pada 24hb. Januari, 2011. Mengikut Perlembagaan, 2/3 diperlukan untuk membuat pindaan tersebut. Memandangkan PR hanya mempunyai 35 kerusi sedangkan keperluan 2/3 adalah 38 kerusi. Disini lah terletaknya 'kebijaksanaan' Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor untuk mendapatkan majoriti 2/3 dari Ahli Dewan Undangan Selangor.

RUKUN NEGARA:

"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA". INILAH DELIMANYA. Mengikut kefahaman umum, 'kesetiaan kepada Raja' adalah setia kepada apa yang sewajarnya yang diperintah dan memelihara martabat Raja itu sendiri. Dalam konteks Dewan Undangan Negeri Selangor ini, kita akan dapat melihat dengan jelas sejauh mana 'kesetiaan' ADUN-ADUN di Negeri Selangor, samada mereka setia kepada Raja atau setia kepada pangkat dan kedudukan mereka. Usul yang akan dibawa ke Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Selangor, antara lainnya 'MENGEMBAILKAN KUASA RAJA' yang telah ditarik oleh UMNO/BN pada 1993.

Selama ini mereka (UMNO/BN) menyatakan bahawa 'PENDERHAKAAN TERHADAP RAJA' telah dilakukan oleh kepimpinan PR Selangor khasnya dan PR Pusat amnya. Persidangan Khas DUN Selangor inilah akan menjadi kayu pengukur siapa yang 'DERHAKA' kepada Raja. Sama-samalah rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya melihat dan menilai 'KESETIAAN' Adun-Adun dari UMNO/BN dalam kemelut yang berlaku sekarang.

JUSTERU ITU, adalah dicadangkan juga supaya NEGERI PERAK  dibawah pimpinan YAB Laksamana Pertama Datuk Seri Dr Haji Zambery bin Abd Kader mengambil langkah yang sama demi menzahirkan 'KESETIAAN' kepada Raja. Sewajarnya satu Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Perak diadakan bertujuan meminda Perlembagaan Kerajaan Negeri Perak untuk MENGEMBILAKAN kuasa Raja yang telah ditarik pada 1993 yang lalu demi untk kesejahteraan rakyat Perak Darul Ridhuan. Kesinambungan dari itu, maka akan bergemalah perkataan 'DAULAT TUANKU'  diseluruh pelusuk Negeri Perak.

Demi untuk mengelakkan berlakunya PENDERHAKAAN kepada Raja oleh rakyat jelata sewajarnyalah KUASA RAJA itu dikembalikan lantaran Kebawah Duli Tuanku adalah 'payung' kepada rakyat jelata dalam semua aspek yang tidak melanggari prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan