PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Jumaat, Mac 18, 2011

DNA: keutamaan dalam perkara-perkara yang diperintahkan - dimana maruah agama Islam

Firman Allah swt, Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilahkamu benar-benar orang yang menegakkan keadilan, menjadi saksi kepada Allah meskin pun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa atau kaum kerabat kamu" (surah al-Nisa' : 135)

"Wahai orang-orang yan beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana sikap adil itu lebih dekat kepada taqwa." (surah al-Mai'dah : 8)

Sabda Rasulullah saw, Mahfhumnya:

"Bantulah saudara kamu dalam kezaliman dan ketika dizalimi." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kita diwajibkan untuk menolong mereka yang dizalimi, lantas macam manakah menolong mereka yang melakukan kezaliman? Jawab Baginda: "Cegahlah diri mu dari terus melakukan kezaliman tersebut, begitulah cara menolongnya." Hadith riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari dan al-Termizi daripada Anas Ibn Malik r.a. Imam Muslim meriwayatkannya daripada Jabir Ibn Abdullah r.a. (lihat Sahih al-Jami' al-Saghir. hadith bilangan 1501 dan 1502).


TEMAN DAN TAULAN:

Apabila matlamat hidup yang hakiki itu dipalingkan kepada sesuatu yang palsu, maka manusia pasti berusaha mencapainya walau dengan cara apa sekalipun, biarpun usahanya itu kadang-kadang terang-terangan berlawanan dengan prinsip kemanusiaan dan undang-undang Allah swt. Bila demikian keadaannya, tidak hairanlah kita kiranya ada orang yang menempah kemashuran dirinya di atas kehancuran orang lain. Ada yang mendirikan tapak jaya ke atas keruntuhan orang lain, ada yang mengecapi bahagia di atas derita orang lain, ada yang sanggup mempamerkan usaha kerja di atas penat lelah orang lain, lebih malang daripada itu, ada yang sanggup mencaci, menghina dan melakukan fitnah, semata-mata untuk mencapai matlamat hidup masing-masing.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji"

Ingatlah, mencaci dan menghina, fitnah dan mengadu-dumba juga adalah suatu perbuatan yang keji serta dikutuk oleh syaraq kerana ianya menjadi punca kepada ummat Islam bermusuhan sesama sendiri. Seringkali kita lihat orang yang didatangkan bala penyakit suka memfitnah sesama Islam, selalunya sentiasa mengambil peluang di atas keretakkan atau pergisiran hubungan yang sedikit diantara makhluk dari kesilapan-kesilapan, lalu ia tampil di tengah keretakkan dengan menghasut dan memfitnah hingga menjadikan keadaan bertambah buruk dengan perbuatannya itu.

Adalah diharapkan agar ahli-ahli UMNO dan NGO's lebih matang. Sudahlah, janganlah dibenarkan diri ditipu dan dikhianati serti ini. Kelemahan, kehinaan dan kepincangan yang dirasai sekarang adalah kerana sistem sosial telah kehilangan satu unsur asasi iaitu, membezakan antara hak kerajaan untuk ditaati dan dipatuhi oleh rakyat dan hak rakyat untuk mendapatkan pelayanan yang adil dari kerajaan...... kembalikan hak, harta dan kuasa rakyat kepada rakyat.

Mutaakhir ini riuh rendah dipelusuk negara dimana pelbagai kelompok manusia mengadakan demo mendesak supaya DSAI menyerahkan sampel DNAnya kepada mahkamah. Pelbagai fitnah, cacian dan adudumba dilontarkan. "Menghentam seseorang yang dituduh melalui media dengan mendedahkan pelbagai isu tanpa melalui proses mahkamah adalah menghalang perbicaraan yang adil di mahkamah undang-undang."(Far Eastern Economic Review, 8 Oktober 1998:22)

Justeru itu, ingatlah kepada peringatan-peringatan yang telah diberikan oleh Allah swt dan Rasul Nabi Muhammad saw sebagai pendoman hidup agar setiap geraklaku itu akan mendapat kersdhaan dari Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan