PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Jun 01, 2011

1MALAYSIA: nikmat yang sukar diperolehi

Sebagai rakyat marhen saya bangga kerana berada di Malaysia yang mana pemerintahnya amat prihatin terhadap rakyat yang bersesuaian dengan slogan, "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN." RAKYAT BEGITU GEMBIRA DENGAN INISIATIF YANG DILAKUKAN OLEH PERDANA MENTERI.  Yang terbaru, himpunan 1 juta belia di Putra Jaya dengan misi agar belia akan bersama-sama beliau mempertahankan Putra Jaya. Syabas dan tahniah diucapkan.

Dengan misi mempertahankan Putrajaya, belia-belia kita telah dihadiahkan sebagai insentif dengan menaikkan harga tarif elektrik yang tidak membebankan semua pihak. Dilaporkan, 44.4 juta atau 75% daripada keseluruhan 5.94 juta isi rumah TIDAK akan terjejas dengan tarif baru ini - Dato Peter Chin.

Ya, mungkin 75% tidak terjejas tetapi sebalik 'terbabas' dari landasan budget isi rumah. Bagaimana dengan kenaikkan harga barangan yang lain? Hari ini, harga ayam di pasar berharga RM 8.00 sekilogram. Ikan cencaru import RM7.50 sekilogram. Itu belum lagi harga barangan keperluan harian yang lain.

Dari satu sudut mungkin rakyat tidak terbeban dengan kenaikkan tarif baru letrik, tetapi dari satu sudut yang lain rakyat marhen terbeban dengan kenaikkan harga barang keperluan harian. Bagaimana nasib kaum nelayan, petani, peladang dan lain-lain kelompok rakyat marhen? Dalam kontek kenaikkan harga barangan ini, semua rakyat tidak terkecuali melainkan sekiranya penyokong dan pendokong UMNO/BN memperolehi 'special discount'. Sekiranya tiada apa-apa keuntunggan bagi penyokong dan pendokong UMNO/BN kenapa mesti 'berhempas pulas' menyokong dan terus menyokong?

Kepada masyarakat belia yang merupakan generasi pelapis, wajarkah anda menerima keadaan ini? Kefahaman dan kebangkitan golongan belia hari ini amat dinantikan dan dialu-alukan! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan