Tahniah dan syabas kepada para perwakilan yang hadir tidak ketinggalan juga 'tahniah dan syabas' kepada pembahas usul hari pertama. Bergema dewan dengan suara-suara meluahkan apa yang terpendam. Bergemuruh tepukan serta hilaitawa. Syabas sekali lagi!
Tahniah dan syabas khusus untuk Pak Wan wakil dari Perlis Indera Kayangan. Walaupun secara jenaka Pak Wan berbicara namun intipatinya sungguh menyusuk hati. Kepada anggota PKR dan rakan penyokong khususnya yang berbicara dengan nada yang pincang, sewajarnya mendalami maksud yang tersirat dari setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Pak Wan. Usianya sudah 80 tahun, semagat perjuangannya masih kental, nasihatnya bernas, menerima wadah perjuangan PKR dengan ikhlas TETAPI kenapa generasi hari tewas dengan perasaan menerima dan memberi? Tegur menegur dalam orgasnisasi amat dihargai sekiranya teguran itu berlandaskan kebijaksanaan tanpa dipengaruhi rasa iri hati. Jangan sesekali perasaan menguasai pemikiran. Kelantangan mengkritik diikuti dengan unsur-unsur ugutan amat membimbangkan. Diantara ungkapan dalam perbahasan perwakilan ada dinyatakan kepinpinan sukar untuk dihubunggi dan tidak turun padang. Persoalannya, adakah semua kepimpinan diperingkat negeri sentiasa turun padang atau menjengah Cabang-cabang dibawah seliaannya? Kewajaran JPP dipersoalkan dengan pelbagai soalan menjurus kepada ugutan mengharapkan jawapan dan penjelasan. Bagaimana pula seandainya anggota diperingkat Cabang dan Ranting melakukan perkara yang sama kepada kepimpinan negeri berhubung ketidakpuasan hati mereka dengan melontarkan pelbagai persoalan yang menjurus kepada ugutan mengharapkan jawapan dan penjelasan? Sewajarnya diingatkan bahawa satu jari kita menuding kearah orang lain, jangan lupa....sekurang-kurangnya tiga jari akan menuding kearah kita. Justeru itu, 'berbicara biar jelas, mendengar biar terang, melihat biar nyata, mengkritik biar ikhlas mengikut lunas yang harmoni agar tidak pincang ungkapan.'
Akhir sekali, 'yang jauh ditandang, yang dekat disapa dan yang disisi disantuni baru gah langkah pejuang.'
orang hulu balik ke hulu
bila sampai hari pun terang
berbicara jangan melulu
itu bukan prinsip seorang pejuang
berbicara jangan melulu
itu bukan prinsip pejuang
terlalu banyak dibekalkan peluru
memudahkan musuh menyerang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan