Pada setiap 31hb. Disember adalah merupakan hari akhir bagi tahun tersebut dan pada malamnya pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan hingga menjelang detik jam 12 malam atau lebih popular dengan 'count down'.

Pada 31.12.2011 jam 11.00 mlm lebih kurang satu (1)jam sebelum menjelang Tahun Baru telah berlaku kemalangan ngeri di Lekir iaitu Jalan Sitiawan Kayan di Batu 6 seramai tujuh orang anak muda telah menjadi mayat dalam keadaan yang amat mengerikan. Mereka terdiri dari remaja berumur dari 15 tahun hingga 22 tahun. Kesemua yang maut itu berasal dari Batu 15 Lekir (6) dan seorang lagi dari kampong berhampiran, Batu 14 Lekir. Dimalam yang sama juga sekumpulan Mahasiswa telah dibelasah hingga hampir maut. Adakah ini yang dituntut oleh Islam hari ini???????
Bagaimana dengan sambutan Maal Hijrah???? Tahun Baru Islam, adakah berpusu-pusu pelbagai lapisan masyarakat khususnya Ummat Islam menghadiri program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak samada di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah mahun pun Mukim??? Melainkan golongan tua (warga emas) sahaja yang bersungguh-sungguh mengimarahkan Majlis Maal Hijrah di Surau mahupun di Masjid. Tidak kedengaran pulak pelbagai insiden berlaku. Pun begitu tiada pulak perkara mungkar berlaku dipersekirtarannya.
Justeru itu, ingatlah wahai Ummat Islam bahawa di dunia ini kita hanya sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal bagi kita semua. Ingatlah bahawa 'api neraka' itu tidak memilih samada orang kaya, berpangkat, berpengaruh atau sebagainya. AZABNYA TERLALU PEDIH...........!!!!!!
Rasulullah s.a.w. bersabda, mahfumnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan memandang akan bentuk fizikal dan keelokkan wajah mu, namun DIA melihat kepada (kemurnian) hati kamu." Hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan