PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Disember 15, 2010

PARLIMEN MALAYSIA: hari yang malang

Hari ini rakyat malaysia berasa malu dengan apa yang berlaku di Sidang Dewan Parlimen(Khamis 16.12.2010) yang mana pertikaian berlaku antara ahli Parlimen dengan Tuan Speaker berhubung dengan 'peraturan-peraturan' mesyuarat yang menjurus kepada kuasa-kuasa dan keputusan muktamad Tuan Speaker. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dengan bacaan doa semoga perjalanan mesyuarat dapat berjalan dengan baik dan adil.

Bermula dengan Shah Alam. Tuan Speaker dengan kuasa yang ada telah menolak permohonan Shah Alam. Shah Alam memohon izin untuk membaca isi kandungan surat yang dikirimkan oleh Tuan Speaker kepada beliau yang fikirkan oleh beliau ada unsur-unsur mengelirukan Dewan berhubung dengan Peraturan 36(12). Disini Tuan Speaker begitu gairah mempertahankan keputusannya sehingga berlaku pertikaian dan diikuti dengan pelbagai masaalah peraturan-peraturan yang lain sehingga ada dikalangan ahli Parlimen meninggalkan Dewan. Persoalan demi persoalan dibangkitkan namun Tuan Speaker tetap dengan keputusannya.

Saya malu dengan anak-anak saya yang menyoal saya dengan pelbagai soalan yang mengambarkan betapa 'buruknya' suasana di Parlimen. Kalau kanak-kanak yang berumur 11 tahun boleh menilai sedemikian rupa, bagaimana dengan golongan dewasa? Keegoan ahli Parlimen dari kalangan BN begitu menyerlah.

Saya petik kata-kata Ahli Parlimen Kota Belud,"hari ini sejarah paling hitam Parlimen Malaysia". Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa puncanya? Tuan Speaker ada menyebut peraturan 44 dan waktu yang sama Rembau telah memberikan arahan supaya menyuruh mereka masuk(ahli Parlimen BN) kerana mungkin akan berlaku usul tanpa bahas dan terus dibuat undian. Disinilah kehebatan Tuan Speaker. Syabas. No wonderlah Seri Gading dipetik berkata "Tan Sri menyelamat negara". Inilah yang dikatakan 'ketuanan Melayu'.

Dipetik Tuan Speaker berkata,"Permatang Pauh, kesabaran saya tak tahu sampai kemana". Wajarkah perkataan ini keluar dari mulut Tuan Speaker yang dikatakan 'menyelamat negara'? Pada pemikiran saya yang daif ini, kata-kata tersebut merupakan ugutan. TIDAK WAJARNYA BERLAKU!

SAYA BUKANNYA MEMPERTIKAIKAN KUASA TUAN SPEAKER ATAU KEMURNIAN DEWAN TETAPI SEKADAR MEMBERIKAN PANDANGAN KALAU BOLEH DITERIMA PAKAI OLEH SEMUA PIHAK. AHLI PARLIMEN ADALAH WAKIL RAKYAT DAN DIBERI MANDAT UNTUK MEMBELA RAKYAT. DARI RAKYAT DIPILIH OLEH RAKYAT DAN UNTUK RAKYAT. RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI APA YANG BERLAKU. JANGAN HAMPAKAN HARAPAN RAKYAT.

SELAMAT BERSIDANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan