PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Isnin, Februari 14, 2011

BLOGGERS: sayonara dan selamat jalan pkr

SALAM MAULIDUR RASUL DAN SALAM REFORMASI

Pada tanggal 14/15.2.2011 para sahabat dari kalangan blogger yang pro tetapi kontra terhadap PKR dan kepimpinannya telah angkat kaki meninggalkan perjuangan. Cucumatkilau dan matsamankati telah mengambil inisiatif melaksanakan slogan PKR/PR 'ubah sekarang'.

Ada yang tak sabar dan ada yang meminta-minta dan akhirnya sayonara. Inilah balasan kalian terhadap pengorbanan dan penderitaan yang terbeban ke atas DSAI dan keluarga. Sungguh indah budi dan betapa lunaknya bicara malangnya kalian gagal menerima sedikit ujian dari Allah swt. Sifat ketidakpuasan hati memang lumrah dalam kehidupan manusia. Dimana letaknya sifat-sifat 'kiambang' pada diri kalian? 'BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT'.

MELIHAT BIARLAH DENGAN MATA, MENDENGAR BIARLAH DENGAN TELINGA, BERBICARA DENGAN LIDAH YANG FASIH, MELANGKAH BIAR BERSUSUN, BERFIKIR BIARLAH BERTAFAKUR BARU DILIHAT SEBAGAI PAHLAWAN ULUNG.

UMNO/BN sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun. Adakah mereka telah menunaikan janji mereka sepenuhnya? Inikan pula PKR/PR yang baru mendapat sedikit keselesaan dari kemenangan PRU 12, pelbagai tuntutan, ugutan, ungkit mengungkit tentang janji yang ditaburkan. Cuba kalian melihat dengan mata hati yang ikhlas lagi jujur, adakah pengorbanan kita itu setanding dengan pengorbanan dan penderitaan yang ditanggung oleh DSAI dan keluarganya? Kenapa dengan penuh keegoan kita menuding jari kepada DSAI dengan pelbagai tuntutan, ugutan dan sebagainya. Adakah sudah hilang rasa simpati kita terhadap DSAI? Ada yang rela agar DSAI dipenjarakan sekali lagi. Betapa malangnya DSAI mempunyai penyokong yang membawa rebah. Rebahnya/tumbangnya pokok disebabkan sebatang kayu bukanya disebabkan oleh kapak atau baji.

KALAU SUDAH TAK MAMPU MENARI, JANGAN DISALAHKAN IRAMANYA SUMBANG. SUMBANGNYA IRAMA KERANA PEMUZIKNYA TAK MAMPU MENGIKUT RENTAK DAN MELODINYA. BERJAMAAH SEWAJARNYA MEMELIHARA PRINSIP-PRINSIP BERJAMAAH.

INGATLAH! SATU JARI KITA MENUDING KEARAH ORANG LAIN SEBAHAGIAN YANG LAINNYA AKAN MENUDING KEARAH KITA SENDIRI. DIDOAKAN, INSYAALLAH ALLAH swt AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA KALIAN SERTA DIKURNIAKAN KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DAN CITA-CITA KALIAN. UNTUK DSAI DAN KELUARGA, DIDOAKAN SEMOGA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGGAN DARI ALLAH swt SERTA BEROLEH KETENANGAN MENGHADAPI SEGALA KERENAH RAKAN DAN TAULAN DISAMPING DIDOAKAN SEMOGA DSAI DAN KELUARGA AKAN MEMPEROLEHI KEMENANGAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT, AAAMMMMMIIIIINNNN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan