PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Januari 05, 2011

S.SS.SS.S: gajah sama gajah berjuang, pelandok mati ditengah-tengah

PELBAGAI KERENAH BERLAKU MENYAMBUT TAHUN BARU 2011


Dalam keghairahan rakyat Malaysia merayakan sambutan tahun baru 2011 pelbagai peristiwa telah berlaku dan begitu riuh rendah diperkatakan diseluruh negara. Isu perlantikan S/U kerajaan negeri Selangor, Menteri rogol amah, Neo Pie Ning senamrobik, Tan Beng Hock dan pelbagai lagi.

Dalam keriuhan isu-isu di atas, tiba-tiba bekalan minyak masak berkurangan, harga petrol Ron 97 naik, harga barangan keperluan harian melambung sampai kelangit. SIAPA YANG MENDERITA? Rakyat jugalah yang menanggungnya.

MENEPATI SLOGAN 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Maka rakyatlah yang TERLEBIH dahulu menerima bahananya. Kenapa berlakunya kekurangan bekalan minyak masak? Kenapa harga barangan keperluan harian melambung naik? Ada siapa dikalangan pemimpin-pemimpin 'ketuanan melayu' bersuara? Apa alasan mereka? Ditambah pula dengan slogan baru, 'UMNO DAHULUKAN RAKYAT' memang tepat sekali.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin khususnya pengundi-pengundi di PRK DUN TENANG gunakalah kebijaksanaan anda untuk memilih wakil yang benar-benar mengambil peduli masaalah rakyat. PAKATAN RAKYAT adalah pilihan terbaik untuk anda. Jangan sia-siakan peluang ini demi untuk masa generasi masa depan yang lebih baik.

Apa lagi yang diharap kepada BN?

BN - barang naik
BN - bila naik
BN - baru naik
BN - berapa naik
BN - banyak naik
BN - baru naya haiya itu macam ka?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan