PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Januari 02, 2011

2011: melakukan perubahan demi untuk kesejahteraan masa depan

2011 merupakan tahun perubahan yang memerlukan pengorbanan:

Fikirkanlah sesuatu yang terbaik demi untuk kebaikkan sejagat. Diawal tahun baru 2011 kita telah dikejutkan dengan pelbagai kenaikkan barangan keperluan harian dan cukai perkhidmatan dari 5% ke 6% berkuatkuasa 1.1.11. Walaupun dilaihat kepada angka kenaikkannya hanya 1% tetapi kalau dah banyak perkara dan jumlah yang besar yang terpaksa dibayar oleh rakyat, maka rakyat jugalah yang menderita. Sewajarnya difahami bahawa bil elektrik, air, astro, bil hospital dan pelbagai bil lagi termasuk dalam 'CUKAI PERKHIDMATAN'. Silap-silap nak buang air pun sudah kena bayar lebih. Itulah istimewanya konsep 1Malaysia,'RAKYAT DIDAHULUKAN'.

Dengan kenaikkan harga barang inilah menuntut KEBIJAKSANAAN rakyat untuk membuat perubahan demi untuk kesejahteraan masa depan. Selain dari kenaikkan harga barang, rakyat juga telah dikejutkan dengan pelbagai cerita yang membuatkan kita 'menumpang ' aib disebabkan kelakuan pemimpin-pemimpin ketuanan melayu hari ini. Rogol, rasuah, penyalahan guna kuasa telah menjadi sebati dengan jiwa mereka. Fitnah merupakan sebahagian daripada perhiasan kehidupan mereka. Sekali lagi KEBIJAKSANAAN rakyat diperlukan demi menyelamatkan MARUAH agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.

Allah swt telah mengurniakan otak kepada hambanya untuk berfikir dan gunakanlah kurniaan Allah swt dengan sebaik mungkin agar kita tidak dilaknati oleh Allah swt dihari muka. Ingatlah, sementara orang kaya sedia membayar RM puluhan ribu dan ratusan ribu hanya untuk memuaskan citarasa mereka, ada beribu-ribu lagi orang miskin diseluruh negara yang masih dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Dalam keadaan barang yang terus naik sekarang, mungkin kais pagi belum tentu dapat makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan petang harinya. Ada orang megah mengeluarkan ratusan ribu untuk memuaskan citarasanya, ADA PULA YANG MENANGGIS HIBA KERANA GAGAL MENDAPAT HANYA RM 10 UNTUK MEMBELI KASUT SEKOLAH ANAK KESAYANGAN. APA BOLEH BUAT!

JUSTERU ITU, UBAHLAH MENTALITI KITA BAHAWA KITA TIDAK LAGI BOLEH MENGHARAP DAN BERGANTUNG PAUT LAGI KEPADA UMNO/BN. INILAH MASANYA UNTUK KITA BERUBAH SUPAYA PEMERINTAHAN NEGARA PERLU DIUBAH........HANYA RAKYAT SAHAJA YANG BOLEH MENGUBAH KEDEGILAN DAN KEEGOAN PEMIMPIN YANG ADA PADA HARI INI DEMI UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH. Pengundi-pengundi PRK Tenang.....TENANGkan fikiran sementara waktu berTENANG masih ada semoga kalian akan memperolehi keTENANGgan.

TEPUK DADA TANYA SELERA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan