PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sabtu, Februari 19, 2011

UM, BN, UMNO: iktibar kepada pemimpin - perubahan diluar negara sebagai ingatan usah seleweng amanah

"RASA RINDU GOLONGAN REMAJA/MUDA TERHADAP PIMPINAN YANG LEBIH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA UMMAH DAN WATAN, YANG  BERSIH DARIPAPADA RASUAH, YANG TIDAK MENYALAHGUNAKAN KUASA DAN TIDAK MENYELEWENGKAN AMANAH, KINI DISUARAKAN SEMANGKIN TERBUKA."

Titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah



Peringatan di atas amat jelas dan sewajarnya menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya kepimpinan yang ada pada hari ini. Ingatlah!!!!!!!

Baru-baru ini jelas UTUSAN MALAYSIA telah membelakangkan tanggungjawabnya kepada masyarakat dengan memutarbelitkan isu kewujudan PORTFOLIO bagi hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang. Bukankah isu ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi kalangan masyarakat? Kenapa Utusan Malaysia berterusan mempertikaikan isu ini dan seterusnya memberi kesan yang negatif kepada masyarakat. Lupakah bahawa apabila Zambery and the gang merampas kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat telah melantik seorang ADUN untuk mengetuai Portfolio yang sama di Negeri Perak? Apa tujuan sebenar Utusan Malaysia yang merupakan lidah resmi UMNO/BN dalam kontek ini? Inilah yang dikatakan 'sikap tidak bertanggungjawab' yang dianjurkan Utusan Malaysia. Dimana letaknya sikap 'bertanggungjawab kepada ummah dan watan' sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Perak.

Apakah bezanya portfolio yang diwujudkan oleh Lim Guan Eng dan Zambery Kader? Bukankah dengan tujuan untuk menyelaraskan dari sudut agama-agama bukan Islam? KENAPA DI PERAK BOLEH TETAPI DI PULAU PINANG TAK BOLEH? BUKANKAH KEDUA-DUA NEGERI INI DIBAWAH PENTADBIRAN PERDANA MENTERI MALAYSIA? Kenapa ada perbezaan yang sengaja diwujudkan? Adakah ini tanggungjawab Utusan Malaysia mendidik rakyat Malaysia? Kenapa ada dua peraturan, antara negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan? DIMANA LETAKNYA KONSEP 1 MALAYSIA YANG DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMERINTAH? Secara langsung atau tidak secara langsung, UTUSAN MALAYSIA telah gagal merealisasikan inspirasi pemerintah yang ada pada hari ini.

JUSTERU ITU, UTUSAN MALAYSIA SEWAJARNYA MEMAHAMI DAN MENGHAYATI APA YANG TELAH DITITAHKAN OLEH PADUKA SERI SULTAN PERAK YANG JELAS MAKSUDNYA. JANGANLAH JADI GURU KEPADA KEHANCURAN UMMAH.

1 ulasan:

  1. lawatan sosial. kasi letak follower lah baru boleh i follow.. hehehe

    BalasPadam