PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, Mac 17, 2011

DNA: demo dan terus berdemo - siapa yang mempolitikkan isu

SESUNGGUHNYA KRISIS YANG BERLAKU DI NEGARA INI ADALAH BERPUNCA DARI KELALAIAN KITA BERPEGANG KEPADA FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:-

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JADILAH KAMU ORANG YANG BENAR-BENAR PENEGAK KEADILAN;MENJADI SAKSI KERANA ALLAH BIARPUN TERHADAP DIRI KAMU DAN KAUM KERABAT KAMU. JIKA IA KAYA ATAUPUN MISKIN MAKA ALLAH LEBIH TAHU KEMUSLIHATANNYA. MAKA JANGAN KAMU MENGIKUT HAWA NAFSU KERANA INGIN MENYIMPANG DARI KEBENARAN. DAN JIKA KAMU MEMUTARBELITKAN KATA ATAU ENGGAN MENJADI SAKSI MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA APA YANG KAMU KERJAKAN."(surah An Nissa, ayat 135)

PERKATAAN "MAKA JANGANLAH KAMU IKUT HAWA NAFSU KERANA INGIN MENYIMPANG DARI KEBENARAN." ERTINYA, JANGANLAH KAMU SAMPAI BERPALING DARI KEBENARAN SEMATA-MATA KERANA HAWA NAFSU SEHINGGA KEADILAN TIDAK DAPAT DITEGAKKAN. INILAH YANG DISEBUT DALAM PERPATAH MELAYU "DUDUK BERKISAR, TEGAK BERPALING."

"Pada zaman moden ini sudah terjadi kepincangan penilaian dan pertimbangan di kalangan kaum muslimin mengenai keutamaan dan prioriti tugas-tugas harian mereka." -Prof Dr. Yusuf Abdullah Qaradhawi. 

Sejak kebelakangan ini terlalu riuh rendah serata pelusuk negara mengadakan demontrasi mendesak mahkamah  dan DSAI supaya DSAI menyerahkan sampel DNA agar kemelut MR Y dapat diselesaikan. Demo ini dianjurkan oleh UMNO dan beberapa NGO's yang merasakan bahawa merekalah pejuang keadilan.

Menurut berita dari Sinar Harian bertarikh Rabu 16.Mac. 2011, Pemuda UMNO DUN Jerteh mengadakan demontrasi secara aman bagi mendesak DSAI menyerahkan sampel DNA. Sebelum itu, Wanita UMNO Perak yang diketuai oleh YB Hamidah telah mengadakan demontrasi di Batu Gajah. YB Hamidah selaku Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak sewajarnya menumpukan kerja-kerja untuk rakyat yang masih memerlukan perkhidmatan beliau dan bukannya berdemo seolah-olah menidakkan kewibawaan mahkamah. Mungkin YB sudah lupa atau spesis yang mudah lupa bahawa dalam kes Liwat I DNA DSAI telah pun diperolehi dan diujikaji serta memperolahi data-datanya. Untuk makluman YB bahawa data-data tersebut masih digunakan walaupun seribu tahun lagi. Kenapa perlu sampel baru? Kita perlu merujuk dan mengkaji serta memahami peruntukan-peruntukan undang-undang/perlembagaan. Biarlah Yang Arif Hakim yang membuat keputusan berteraskan kepada peruntukan undang-undang. Dalam keghairahan YB dan NGO's menganjurkan demontrasi, sama ada secara sedar atau pun tidak bahawa tindakan kalian itu menjurus kepada 'menghina mahkamah'. Sayugia dimaklumkan bahawa kes ini masih lagi berlegar dalam mahkamah.

Dipetik dari berita Sinar Harian bertarikh Rabu 16 Mac 2011, "Gaps rancang demo besar-besaran." Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (gaps) sedia merancang demontrasi dalam skala yang lebih besar bagi memastikan KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyerahkan sampel DNAnya kepada mahkamah yang membicarakan kesnya...........Pengerusinya Hamidzun Khairuddin. Dari segi lojiknya, apakah sebenar yang terselindung disebalik demontrasi tersebut? Bukankah demontrasi yang dilakukan banyak pihak telah mendapat kecaman dari Anwar yang mahu mereka yang terlibat dalam demontrasi itu dikenakan tindakan undang-undang. Sekali lagi keangkuhan terserlah. Adakah dengan mengadakan demontrasi dengan skala yang lebih besar maka tindakan tak boleh diambil? Sekali lagi, tindakan kalian ini mengundang kepada penafian 'keluhuran perlembagaan.'

Diakhbar dan tarikh yang sama dipetik kenyataan dari YB Datuk Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahan yang berbunyi; "Anwar tak perlu takut." Jangan tunggu sehingga perintah mahkamah barulah hendak menyerahkan DNA. Bagaimanapun katanya, beliau berharap isu ini tidak dipolitikkan kerana kes itu masih dalam proses mahkamah. Persoalannya, siapa yang mempolitikkan isu ini??????

Disini dirakamkan ucapan Nabi Allah Syuaib a.s. yang tertulis di dalam al-Qur'anul Karim, maksudnya: "Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadanya jualah aku kembali." (surah Hud : 88)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan