PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Selasa, April 05, 2011

VIDEO FITNAH: pencemaran terhadap agama Islam - dimana letaknya perintah Allah swt

TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MEMANJATKAN RASA SYUKUR KEHASRAT ILLAHI YANG TELAH MEMBERIKAN KEKUATAN IMAN, FIZIKAL DAN MENTAL KEPADA DATIN SERI WAN AZIZAH DAN KELUARGA MENGHADAPI KEZALIMAN DAN KERAKUSAN MANUSIA DALAM ISU FITNAH TERHADAP DATO SERI ANWAR IBRAHIM. 

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DS WAN AZIZAH DAN YB NURUL IZZAH YANG BERANI TAMPIL KEHADAPAN MENGADAKAN PC BERKAITAN DENGAN ISU VIDEO FITNAH INI.

KEBERANIAN DAN KETABAHAN DUA BERANAK INI MEMBERIKAN SEMANGAT YANG LEBIH KENTAL LAGI KEPADA PENDOKONG DAN PENYOKONG PKR/PR UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN.

Kerakusan manusia dalam meneruskan agenda mempertahankan kuasa yang ada dan dibantu oleh dendam kesumat, manusia sudah hilang pendoman yang telah ditetapkan oleh Allah swt melalui kitab suci al-Quran untuk meneruskan kehidupan yang diredhainya. Malangnya, manusia yang rakus ini merasakan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja sehinggakan mereka 'merelakan' diri mereka menghina dan mencemari hukum-hukum Allah swt.

Golongan yang membuat fitnah dan yang difitnah adalah dari rumpun yang sama, mengadap kiblat yang satu, melafazkan kalimah syahadat yang sama dan berpenghulukan Nabi Muhammad saw yang satu. MALANGNYA, bukan sekadar pembuat fitnah malah pengikut-pengikutnya telah tersasar jauh dari landasan RUKUN IMAN dan meninggalkan jauh HUKUM-HUKUM TAUHID yang telah diamanahkan oleh Allah swt.

Kenapa yang haram itu menjadi halal? Dimana letaknya akhidah ummat Islam? Kenapa maruah agama Islam yang suci itu dicemari dengan perkara-perkara yang dilarang?Adakah golongan ini tidak takut dengan balasan dari Allah swt. Sewajarnya disedari oleh golongan ini bahawa mengaibkan orang lain apatah lagi dari kalangan ummat Islam itu sendiri HUKUMNYA ADALAH HARAM. Adalah dingatkan kepada golongan ini, 'jangan terlalu sombong dan angkuh dengan Allah swt.'

Kepada kaum ULAMAK dan UMARAK, kejadian fitnah ini sudah sampai ke kemuncaknya yang mana keterlanjuran ini telah/akan mengundang kemurkaan Allah swt kerana golongan pembuat fitnah dan pemerintah telah mengenepikan hukum-hukum Allah sehinggakan pandangan dan pendapat para ulamak tidak langsung memberi kesan kepada mereka malah dengan angkuh dan sombongnya meneruskan usaha fitnah dan mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga serta keturunannya. Adakah ini yang dituntut oleh ajaran agama Islam? INGATLAH! ALLAH swt TAK PERNAH MUNGKIR JANJI........KUN FAYA KUN.

Kenapa diperbesarkan tentang SUMPAH LAKNAT, JAM OMEGA, DIMANA ANWAR KETIKA ITU dan lain-lain perkara yang remehtemeh selalu diperkatakan? Sedangkan perkara yang lebih AULA iaitu HUKUM QAZAF dilupakan? Disinilah peranan ulamak diperlukan untuk menyatakan yang hak. Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim yang telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal agama Islam di Jabatan Perdana Menteri sewajarnya kalian melaksanakan amanah Allah swt dengan jujur dan ikhlas kerana ini AMANAH ALLAH swt. Di dalam al-Quran jelas dan tak perlu dipertikaikan lagi yang mana Allah swt telah menurunkan perintah, TUDUHAN ZINA MEMERLUKAN EMPAT (4) SAKSI YANG MANA TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN KESAKSIANNYA, DAN SEKIRANYA GAGAL MEMBAWA EMPAT (4) ORANG SAKSI, PEMBAWA FITNAH ITU AKAN DISEBAT 80 KALI SEBATAN. KENAPA INI DIDIAMKAN?

Sabda Rasulullah saw, maksudnya:

"barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah imqn." (Riwayat Muslim).

Firman Allah swt dalam surah Maidah ayat 2, bermaksud:

"Dan hendaaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azabnya seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Firman Allah swt dalam surah al-Anfaal ayat 45, maksudnya:

wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan satu pasukan maka teguhkanlah hati mu, dan ingatilah Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya.

Justeru itu, wahai sahabat-sahabat ku yang sebangsa dan seagama mari lah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memertabatkan agama Islam di bumi Malaysia ini khususnya dan seluruh dunia amnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan