PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Isnin, April 04, 2011

FITNAH: politik negara makin kotor - belia peka politik

"Saya melihat isu seperti skandal sex yang didedahkan seolah-olah seperti satu trend. Mungkin ini adalah cara terbaru untuk menarik pengundi dalam kalangan belia khususnya kerana mereka mudah terpengaruh memandangkan pilihanraya sudah semangkin hampir." Noor Zuhaida Baharuddin, sinar harian 4 mac 2011.

"Isu politik yang berlaku di negara ini bukan semuanya benar. Seperti isu video seks itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab supaya menyelesaikan perkara terbabit segera."Syahril Teh Abd Rahman, sinar harian 4 mac 2011.

"Mengikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam adalah sangat dikecam." YB Nurul Izzah, anak sulung DSAI.





'Jangan harap kami sumpah laknat.'

Berpengang kepada hakikat Allah Maha Pembela, Allah Maha Mengetahui lebih-lebih lagi bagi mereka yang terinaya.

Apa yang terbaik untuk dilakukan adalah bersabar, bertenang dan berdoa serta tumpukan pada perjuangan.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin mendesak supaya Nurul dan Wan Azizah bersumpah bagi membuktikan mereka 'bersih' dan tidak bersubahat dengan Anwar. Disini adakah Farahana ini faham apa yang dikatakan 'sumpah laknat'? Adakah beliau faham apa yang terkandung didalam 'hukum syaraq' berhubung dengan perkara zina? Kalau beliau benar-benar ikhlas dalam perkara ini, sewajarnya beliau mendesak kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab membawa kes ini melalui HUKUM SYARAQ (qazaf), bukannya dengan sesuka hati mendesak supaya dilakukan 'sumpah laknat.'

Dalam Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dengan empat (4) orang saksi yang tidak dipertikaikan kesaksiannya. Ini yang wajar dilakukan. Bukannya kita lontarkan fitnah kemudian kita paksa yang difitnah itu bersumpah.

Walaupun KPN mengesahkan video itu tulen namun masih ada ruang yang boleh dipersoalkan mengikut lunas-lunas yang benar berdasarkan syaraq.

Berwaspadalah! Allah swt maha mengetahui dan melihat, ditakuti nanti fitnah itu akan kembali kepada orang yang membuat fitnah serta orang-orang yang bersubahat dengan nya.


YA ALLAH! AKU SEBAGAI HAMBA MU YANG DHAIF INI MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH AGAR KURNIAKAN KEKUATAN IMAN, MENTAL DAN FIZIKAL KEPADA KELUARGA ANWAR IBRAHIM UNTUK MENGHADAPI FITNAH DEMI FITNAH YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA-MEREKA YANG TELAH MEMBELAKANGKAN HUKUM-HUKUM MU YA ALLAH.

SEKALI LAGI AKU SEBAGAI HAMBA MU YANG DHAIF INI MERAYU DAN MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH SEMOGA KAU BUKAKAN HATI-HATI MEREKA YANG TELAH MEMBUAT FITNAH KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN KELUARGA AGAR MEREKA SEDAR SERTA INSAF DENGAN SEGALA PERBUATAN MEREKA DAN KAU KEMBALIKAN SEGALA FITNAH ITU KEPADA MEREKA DEMI MENJAGA KESEJAHTERAAN DAN MEMERTABATKAN AGAMA MU YA ALLAH.

AMIN AMIN AMIIIIIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan