"Umat Islam jangan mudah terpedaya dengan paparan media barat, watak Osama bin Laden diwujudkan Amerika Syarikat. Jika kematiannya dapat menghentikan kekejamannya tak apa, cuma kita bimbang AS akan wujudkan watak baru pengganti Osama yang dianggap lebih ganas." - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sinar harian)
"Pejuang Islam tidak takut dengan mati dan jika ketika itu dia sedang memperjuangkan Islam maka dia mati Syahid. Semua pejuang Islam m,ahu gelaran mati syahid dan kita yang masih hidup perlu terus perjuangkan Islam." - Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (sinar harian)
"AS bertindak kejam kerana menghukum orang tanpa membicarakan mereka. Osama dituduh sebagai pengganas dan melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia namun tiada bukti yang dikemukakan oleh Amerika." - Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman (sinar harian).
Dipetik dari Sinar Harian Selasa May Tweenty Third, 2011:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DUNIA KAN LEBIH SELAMAT DAN AMAN BERIKUTAN KEMATIAN PEMIMPIN KUMPULAN AL-QAEDA, OSAMA BIN LADEN, SEMALAM.
Menurutnya kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan kebaikkan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
Najib berkata, KERAJAAN MALAYSIA MENGAMBIL SIKAP MENENTANG SEBARANG BENTUK KEGANASAN DAN KEFAHAMAN YANG KETERLALUAN ATAUPUN EKSTREM.
"Sebab itulah, sebagai negara dimana majoritinya umat Islam, kita MESTI menunjukkan pendirian kita yang mana dalam MEMARTABATKAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ketidakadilan dan sebagainya, kita MESTI BERPEGANG KEPADA PRINSIP YANG DIBENARKAN ATAU SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM." katanya.
Disini timbul persoalan, adakah yang berlaku di Malaysia ini khususnya berkaitan dengan penayangan dan penyebaran Video Seks serta segala Fitnah yang berkaitan mahupun pelanggaran tatacara hukum-hukum Islam itu boleh dikatakan MEMERTABATKAN ISLAM? Bagaimana sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay itu telah menyempurnakan prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam? Adakah memfitnah sesama Islam itu telah merealisasikan kebijaksanaan dan penggunaan dasar pendekatan WASSATIAH atau kesederhanaan ? Apakah yang dimaksudkan prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam sekira setiap prinsip dan kehendak Islam itu berlaku pelnggaran yang nyata sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam itu sendiri.
Kita yang masih hidup perlu terus perjuangkan Islam dan bukan sebaliknya merosakkan perjuangan Islam itu semata-mata ingin mempertahankan kuasa dan kedudukkan. Justeru itu, wahai umat Islam, kembalilah ke landasan yang betul agar kita tidak dilaknati oleh Allah swt samada di dunia mahupun di akhirat.
Selamatkah dunia ini tanpa Osama? Kematian Osama masih lagi 'misteri' namun Malaysia telah memberikan kepastian bahawa dunia akan selamat dan aman. "Umat Islam jangan mudah terpedaya dengan paparan media barat." Adakah benar Osama itu seorang PENGGANAS atau seorang PEJUANG ISLAM? Disinilah sewajarnya umat Islam menggunakan pemikiran yang waras demi untuk menyatakan pendirian dalan perajuangan yang sebenar. Bukannya kita membuta tuli memberi sokongan tanpa mengambil kira kewajarannya.
Betapa malangnya umat Islam sekira perjuangan Islam itu dikatakan pengganas sedang banyak lagi perkara-perkara yang berlaku pada hari lebih ganas dimana umat Islam ditindas sebagaimana yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan negara-negara Islam yang lain. Kita sewajarnya melihat secara menyeluruh dan bukan sekadar mencari keuntunggan di atas kesengsaraan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan