Dalam Islam sistem bermusyuarah amat dituntut demi menjaga keharmonian umat Islam itu sendiri disamping menjaga keharmonian masyarakat majmuk. UMNO dilihat tiada kesudahannya menentang sistem bermusyuarah yang dituntut oleh agama sendiri. UMNO kononnya memperjuangkan demokrasi, tetapi kenapa dan mengapa Pilihanraya Masjid menjadi masaalah besar kepada UMNO? Dimana letaknya jiwa demokrasi yang diperjuangkan?
Untuk makluman UMNO Pulau Pinang khasnya dan lain-lain negeri amnya bahawa NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN telah pun menjalankan Pilihanraya Masjid semasa PR memerintah dahulu. Pilihanraya ini mengikut terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam. Setiap calon dikehendaki mengisi borang pencalonan sekiaranya dia merasakan dirinya layak untuk menjawat jawatan tersebut. Pencalonan terbuka kepada semua ahli khairiah masjid tersebut, tak kira dari mana-mana parti, ngo atau pun secara individu. Apa yang berlaku ketika itu, orang-orang UMNO telah merasakan diri mereka terpinggir. Bukankah lebih baik AJK Masjid dipilih oleh ahli jamaah sendiri daripada pemilihannya dibuat diatas bonet kereta mahupun dikedai-kedai kopi sahaja sehinggakan ada masjid gagal mengimarahkan masjid.
Cuba kita mengimbas kembali sirah Islam, selepas wafatnya Rasulullah saw para sahabat telah mengambil kaedah bermusyuarah untuk menentukan siapa penganti baginda. Dan akhirnya keputusan dipersetujui oleh semua kaum dan puak di Tanah Arab. Kenapa kita tidak mahu mencontohi para sahabat dalam menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin.
Dalam konteks ini jelas UMNO telah menolak demokrasi yang dilaung-laungkan oleh mereka. Kembalilah kepada al-Qur'an dan Hadith demi kesejahteraan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan