PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Februari 05, 2012

SharpShooter: Zamry puji kak ijat sindir kak ros

SharpShooter: Zamry puji kak ijat sindir kak ros

Kenapaer dalam keadaan terdesak baru nak mengadap Allah????? semasa membalun hak rakyat tak ingat kepada Allah...............oghang yang bercakap tu pun lebih kughang jugak........kata dulang paku serpih..............

Rabu, Januari 11, 2012

24hb. januari, 2011: DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

PERSIDANGAN KHAS DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR (pindaan perlembagaan) akan diadakan pada 24hb. Januari, 2011. Mengikut Perlembagaan, 2/3 diperlukan untuk membuat pindaan tersebut. Memandangkan PR hanya mempunyai 35 kerusi sedangkan keperluan 2/3 adalah 38 kerusi. Disini lah terletaknya 'kebijaksanaan' Tan Sri Khalid Ibrahim selaku MB Selangor untuk mendapatkan majoriti 2/3 dari Ahli Dewan Undangan Selangor.

RUKUN NEGARA:

"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA". INILAH DELIMANYA. Mengikut kefahaman umum, 'kesetiaan kepada Raja' adalah setia kepada apa yang sewajarnya yang diperintah dan memelihara martabat Raja itu sendiri. Dalam konteks Dewan Undangan Negeri Selangor ini, kita akan dapat melihat dengan jelas sejauh mana 'kesetiaan' ADUN-ADUN di Negeri Selangor, samada mereka setia kepada Raja atau setia kepada pangkat dan kedudukan mereka. Usul yang akan dibawa ke Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Selangor, antara lainnya 'MENGEMBAILKAN KUASA RAJA' yang telah ditarik oleh UMNO/BN pada 1993.

Selama ini mereka (UMNO/BN) menyatakan bahawa 'PENDERHAKAAN TERHADAP RAJA' telah dilakukan oleh kepimpinan PR Selangor khasnya dan PR Pusat amnya. Persidangan Khas DUN Selangor inilah akan menjadi kayu pengukur siapa yang 'DERHAKA' kepada Raja. Sama-samalah rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya melihat dan menilai 'KESETIAAN' Adun-Adun dari UMNO/BN dalam kemelut yang berlaku sekarang.

JUSTERU ITU, adalah dicadangkan juga supaya NEGERI PERAK  dibawah pimpinan YAB Laksamana Pertama Datuk Seri Dr Haji Zambery bin Abd Kader mengambil langkah yang sama demi menzahirkan 'KESETIAAN' kepada Raja. Sewajarnya satu Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Perak diadakan bertujuan meminda Perlembagaan Kerajaan Negeri Perak untuk MENGEMBILAKAN kuasa Raja yang telah ditarik pada 1993 yang lalu demi untk kesejahteraan rakyat Perak Darul Ridhuan. Kesinambungan dari itu, maka akan bergemalah perkataan 'DAULAT TUANKU'  diseluruh pelusuk Negeri Perak.

Demi untuk mengelakkan berlakunya PENDERHAKAAN kepada Raja oleh rakyat jelata sewajarnyalah KUASA RAJA itu dikembalikan lantaran Kebawah Duli Tuanku adalah 'payung' kepada rakyat jelata dalam semua aspek yang tidak melanggari prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!

Ahad, Januari 01, 2012

2012: antara keseronokan dan kejatan

Pada setiap 31hb. Disember adalah merupakan hari akhir bagi tahun tersebut dan pada malamnya pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan hingga menjelang detik jam 12 malam atau lebih popular dengan 'count down'.

Dalam program ini pelbagai lapisan masyarakat akan berpusu-pusu ke tempat yang telah ditetapkan samada diperingkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Mukim. Seawal petang telah bermulanya masyarakat berpusu-pusu menuju ke tempat tersebut sehingga, khususnya ummat Islam lupa akan wujudnya waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' mungkin hingga ke Subuh. Betapa malangnya nasib Ummat Islam dengan keghairahan menyambut Tahun Baru. Samada secara disedari mahupun tidak, ketika itu pelbagai perkara mungkar telah berlaku. Keghairahan menyambut Tahun Baru ini disertai oleh Pemimpin-pemimpin Masyarakat samada diperingkat Kebangsaan, Negeri Daerah mahupun Mukim.

Pada 31.12.2011 jam 11.00 mlm lebih kurang satu (1)jam sebelum menjelang Tahun Baru telah berlaku kemalangan ngeri di Lekir iaitu Jalan Sitiawan Kayan di Batu 6  seramai tujuh orang anak muda telah menjadi mayat dalam keadaan yang amat mengerikan. Mereka terdiri dari remaja berumur dari 15 tahun hingga 22 tahun. Kesemua yang maut itu berasal dari Batu 15 Lekir (6) dan seorang lagi dari kampong berhampiran, Batu 14 Lekir. Dimalam yang sama juga sekumpulan Mahasiswa telah dibelasah hingga hampir maut. Adakah ini yang dituntut oleh Islam hari ini???????

Bagaimana dengan sambutan Maal Hijrah???? Tahun Baru Islam, adakah berpusu-pusu pelbagai lapisan masyarakat khususnya Ummat Islam menghadiri program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak samada di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah mahun pun Mukim??? Melainkan golongan tua (warga emas) sahaja yang bersungguh-sungguh mengimarahkan Majlis Maal Hijrah di Surau mahupun di Masjid. Tidak kedengaran pulak pelbagai insiden berlaku. Pun begitu tiada pulak perkara mungkar berlaku dipersekirtarannya.

Justeru itu, ingatlah wahai Ummat Islam bahawa di dunia ini kita hanya sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal bagi kita semua. Ingatlah bahawa 'api neraka' itu tidak memilih samada orang kaya, berpangkat, berpengaruh atau sebagainya. AZABNYA TERLALU PEDIH...........!!!!!!

Rasulullah s.a.w. bersabda, mahfumnya:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak akan memandang akan bentuk fizikal dan keelokkan wajah mu, namun DIA melihat kepada (kemurnian) hati kamu." Hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Isnin, Disember 26, 2011

Islam dijunjung
Raja disanjung
Rakyat dipayung


Firman Allah swt, bermaksud:

"Dan hanya kepunyaan Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, supaya DIA memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa-apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan ganjaran pahala yang lebih baik (syurga). Ia itu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil dan sesungguhnya Rabb mu sangat luas ampunannya." (Surah al-Najm ayat 31-32)

Selasa, Disember 20, 2011

PERADABAN DAN TAMADDUN ISLAM DAN MANUSIA: dimana letaknya

Islam dijunjung
Raja disanjung
Rakyat dipayung

Dalam al-Qur'an Allah sentiasa mengingatkan ummat Islam supaya sentiasa menjalinkan hubungan antara MANUSIA DENGAN ALLAH dan ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA.

Dalam kehidupan hari ini, terlalu banyak perkara yang selalu diingatkan oleh Allah melalui al-Qur'an telah diketepikan demi sesuatu yang belum pasti. Inilah yang menjadi perkara utama dalam setiap tindakan. Pelbagai insiden yang merobekkan Peradaban dan Tamaddun Islam dan Manusia itu telah menjadi sampah kepada mereka yang terlalu ghairah dalam mempertahankan sesuatu perkara. Dimana letaknya 'Peradaban dan Tamaddun Islam dan Manusia' pada hari ini??????

Amat malang bagi ummat Islam apabila agama dan rukunnya dipermainkan oleh orang Islam sendiri. TERBARU....apabila sekumpulan 'panglima' telah membuat onar dalam masyarakat. Sebagai orang yang beriman dan berpengang teguh kepada agama Islam, tidak wajar perkara ini berlaku. Alam maya atau kecanggihan IT hari ini jangan diperlakukan seolah-olah tiada manusia lain yang mengetahuinya. Dalam satu video, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai panglima telah menunjukkan satu adab yang menyimpang dari tatasusila peradaban Melayu. Dengan meludah secara bongkak didepan kamera adakah ini yang hendak ditonjolkan oleh UMNO khususnya Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Khairi?????? Dimana letaknya maruah bangsa????? Meludah secara bongkak itu adalah satu perbuatan kurang ajar dalam Tamaddun Islam dan Manusia. Ingatlah.....seandainya kalian mengatakan kalian seorang yang gagah, tetapi masih ada yang gagah lagi. Apakan jadi sekiranya perbuatan itu menjadi ikutan kepada generasi yang akan datang?????? Sekiranya saudara Adam itu kurang ajar, masih ramai lagi orang yang lebih kurang ajar. Menyeret kepala lembu dikhalayak ramai sedangkan lembu itu adalah haiwan ternakan dan merupakan sebahagian daripada makanan ummat Islam, BUKAN KAH ITU LEBIH KURANG AJAR?????? Diingatkan kenapa setiap tahun apabila ummat Islam merayakan Hari Raya Korban, ummat Islam akan mencari lembu atau lain-lain haiwan ternakan untuk dikorbankan sebagai menyahut seruan Islam mengenang kembali pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim?????? Kenapa kepala lembu itu dihina, dipijak dan diseret........?????? Bukankah itu satu penyiksaan kalau dibandingkan dengan hanya sekeping gambar??????? Fikir-fikirkanlah wahai ummat Islam dan bangsa Melayu.............kenapa ada orang lain menghina agama Islam Pemuda UMNO mendiamkan diri???????? Mana lebih utama, mempertahankan Islam atau mempertahankan gambar Najib????????

Lebih malang lagi, apabila sekumpulan manusia yang mendakwa pemimpin UMNO di utara tanahair telah membuat simbolik(kononnya) menghadiahkan kek hari jadi yang berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng. Dimana letaknya peradaban dan tamaddun?????? Walaupu LGE itu seorang cina, namun dalam kontek hubungan manusia dengan manusia, adakah wajar diperlakukan sedemikian?????? Allah itu maha mengetahui dan adil, kononnya nak suruh LGE makan tahi tetapi akhirnya dengan kehendak Allah swt, kumpulan itu/UMNO sendiri yang makan tahi tersebut. Apa macam?????? Kuasa Allah swt jangan dinafikan.....kita masih ingat bahawa sebelum kes kek tu, kumpulan yang sama telah melakukan perkara yang terkeluar dari norma-norma kemanusiaan. Adakah ini yang hendak diikuti oleh generasi hari ini??????? SIAPA KURANG AJAR???????????????

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN umno MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM SEKIRANYA PERADABAN DAN TAMADDUN ISLAM ITU DIROBEK????????????



Ahad, Disember 04, 2011

samb: Biro Kebajikan, Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir

AKATIVITI BIRO KEBAJIKAN

MEMBAWA ANAK-ANAK YATIM MEMBELI-BELAH KEPERLUAN PERSEKOLAHAN
PADA 19hb.November, 2011 DI SAKAN, SERI MANJUNG:

Lihatlah betapa riangnya mereka semasa membeli-belah lepas itu mereka dibawa makan dan minum di restoran berhampiran. Alhamdulillah...pengusaha restoran tersebut telah bermurah hati membiayai segala makan dan minum mereka.      


Beginilah sebahagian dari suasana yang dirakamkan pada 19.11.2011

Anda bagaimana???????? Tak teringin kah berbakti kepada anak-anak yatim ini????



MASJID AL-RAHMANIAH: Biro Kebajikan - Tabung Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah..bersyukur kehasrat Allah swt di atas inisiatif Biro Kebajikan Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir telah berjaya mengwujudkan 'Tabung Anak-Anak Yatim' bertujuan membantu sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim dalam qariah Al-Rahmaniah dan Az-Zakiah Tanjung Kepah.

Tabung ini menerima sumabangan dari individu-individu, ngo dan pelbagai sumber yang halal. Setakat ini, Biro Kebajikan telah pun meraikan seramai 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli-belah keperluan persekolahan pada 19.11.2011 di Pusat Membeli -Belah (pasar borong) SAKAN di Manjung. Tabung ini telah mengeluarkan sebanyak RM 2,029.70 untuk membeli barangan ter sebut.

Untuk makluman, Tabung Anak-Anak Yatim ini masih memerlukan dana dan sumbangan dari orang ramai khususnya dari ANAK-ANAK LEKIR yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sebarang sumbangan hendaklah disalurkan kepada Bendahari, Tabung Anak-Anak Yatim, Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir. Atau boleh berunding terus dengan Bendahari atau Setiausaha Tabung Anak-Anak Yatim untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

AHLI JAWATANKUASA ANAK-ANAK YATIM:

Pengerusi: Tuan Haji Shafie bin Md Sanit
Setiausaha: Tuan Haji Khadri bin Md Wahi
Bendahari: Tuan Haji Basri bin Ahmad
Ahli J/Kuasa:

Encik Jamaluddin bin Md Saidi
Encik Mohd Jamal bin Hj Abu Bakar
Encik Zainal Abidin bin Ismail
Puan Hasanah bte Osman
Encik Mohd Tazalli bin Md Tamin


Khamis, Disember 01, 2011

JIHAD: kemana hala tuju

Hisap rokok dalam kelambu
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Biarlah PKR menjadi golok kayu namun ianya tetap akan menjadi senjata walaupun ditetak tidak lut. Walaupun ditetak tidak lut namun masih mempunyai nilai dan mendatangkan kesakitan kepada yang menerima tetakan tersebut. Terbukti kini, bahawa golok kayu itu telah menyakitkan dan amat memedihkan.

Golok kayu ini bukan untuk digadai malah disimpan dan dijaga dengan baik agar ianya kekal menyakitkan. Pun begitu golok kayu akan menjadi penghalang kepada tergadainya maruah agama, bangsa dan negara.

Adakah kita berbangga dengan situasi sebegini? Wajarkah kita menerima kenyataan yang sebegini rupa? Dimanakah letaknya 'peradaban dan tamaddun' manusia seandainya kita menilai sesuatu perkara itu tanpa mengambilkira kewajarannya. Mungkin ada kelompok yang berasa bangga dan betepuk sorak tanpa memahami apa yang tersurat dan tersirat melainkan hanya menunjukan bahawa kedangkalan berfikir dari sudut hakikinya. TETAPI Rasulullah s.a.w. tidak akan berbangga dengan umatnya yang jahil, bodoh, fasiq dan zalim. Namun yang menjadi kebanggaan Baginda adalah apabila umatnya itu tergolong pandai, baik, bermutu dan beramal soleh serta bermanfaat bagi orang lain.
Didalam sebuah hadith Baginda s.a.w. bersabda mahfumnya: "Manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan." (hadith diriwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibnu Umar. Lih. kitab: Al-Lu'lu' wa al-Marjan hadith bil. 1651).

Salah seorang pujangga lama Arab telah mengenal pasti akan kebaikan kualiti keatas kuantiti, katanya:
"Kamu mengejek kami kerana bilangan yang sedikit,
Cuba kamu lihat: orang-orang mulia itu tidak banyak,
Apalah salahnya bila jumlah kami sedikit namun mulia
Tetapi bilangan yang banyak ada dalam kehinaan."

Dipetik dari ucapan YAB Tim. Presiden UMNO:
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 143, yang bermaksud:
"dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) s.a.w. pula kan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

Sejauh mana maksud ayat diatas dihayati dan diamalkan oleh UMNO dan kepimpinannya dalam konteks amalan ritual dan amal soleh serta pembangunan yang membawa kepada kesejahteraan hidup manusia hari ini? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa, fitnah dan beberapa perkara zalim masih berleluasa di bumi Malaysia ini. Benarkah umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabatkan sedangkan pelbagai penghinaan berlaku dikalangan umat Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Justeru itu, bersuluh biar terang, melihat biar nyata dan mendengar biar sempurna agar umat Melayu dan agama Islam itu tidak dipermainkan demi mempertahan kuasa yang hanya dipinjamkan buat sementara. Tak perlulah kita memperkatakan tentang jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak, sekiranya kita masih lagi dalam kehinaan dari sudut Allah swt.

PRU 13 ADALAH MEDAN UNTUK MENENTUKAN HALA TUJU JIHAD YANG DIREDHAI SERTA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH swt.......MARILAH KITA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN PENGERTIAN JIHAD YANG SEBENAR DENGAN MENOLAK KEBEJATAN umno/bn DALAM PRU 13 DENGAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA pakatan rakyat DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA.

UBAH SEBELUM PARAH...PUTRAJAYA ADALAH MATLAMAT KITA.