PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Mac 27, 2011

FITNAH: dimana letaknya kesucian agama, bangsa dan negara

Diakhir zaman ini ummat Islam sudah melupakan haq Allah swt serta sudah lupa dosa pahala semata-mata kerana hendak mengekalkan kuasa. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang hendak mengekalkan kuasa telah berusaha mereka cipta pelbagai fitnah yang amat mengaibkan ugama, bangsa dan negara. Mereka seolah-olah sudah lupa bahawa Allah swt telah menyediakan SYURGA DAN NERAKA sebagai tempat terakhir. Mereka sanggup memfitnah, menghina dan mengaibkan sesama ummat Islam.

Firman Allah yang bermaksud, 'tidaklah sama penghuni dengan penghuni syurga. Penghuni syurga itu adalah orang-orang yang berjaya (terlepas daripada azab Allah).



Ada dikalangan ummat Islam yang terang-terangan melontarkan fitnah tanpa mengambilkira kesannya kepada ummat Islam yang lain. Dengan penuh yakin menyatakan bahawa perkara-itu benar belaku tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menonton dan membuat penilaian secara ilmiah mahupun secara keperibadian menjurus kepada norma-norma yang telah ditentukan oleh syarak. Manusia dinilai dari laku perbuatannya. Cantik dan buruk, kaya atau miskin, warna kulit atau susuk tubuh, pangkat kemegahan, semuanya bukan nilai hakiki manusia yang baik pada nilai manusia apa tah lagi pada nilai Allah swt. Sementara laku perbuatan manusia adalah daripada hatinya.

Seseorang yang percayakan adanya Allah swt, maklum bahawa dengan segala sifat kesempurnaannya itu sahajalah yang bersifat khalik kepada ilmu.

Firman Allah swt bermaksud, 'dan tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah yang maha esa yang kekuasaannya mengatasi yang lain.'

Justeru itu jangan ada dikalangan ummat Islam yang cuba seolah-olah dia lebih mengetahui segala bentuk fitnah semata-mata ingin melepaskan dendam kesumat yang terselit dalam jiwanya. Dalam kepayahan sesetengah ummat Islam untuk menyatakan yang benar, ada pula hamba Allah swt yang meletak nilai dirinya ke lembah hina dengan kenyataannya bahawa masih ada 18 video salah laku sex ke atas seorang hamba Allah yang berusaha membangkitkan dan memertabatkan haq Allah swt. Akan ternyata lagi kelemahan ummat manusia apabila dia berusaha, usahanya tidak menampakkan hasil seperti yang dirancangnya. Manusia merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah swt jugalah yang berjaya.


Firman Allah swt maksudnya, 'wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah engkau kepada tuhan mu dengan perasaan yang senang, dan tuhan akan meredhai engkau, masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hamba ku dan masuklah ke dalam syurga.'

Ayat tersebut menunjukan betapa pentingnya kebersihan jiwa seseorang itu dan dengan kebersihannya lah anggota tubuh badan akan selamat sejahtera. Sedemikian jiwa masyarakat, bangsa, watan dan negara akan turut sama menikmati kebahgiaan, sebaliknya jika jiwa berpenyakit tidak senang dan tidak tenteram akan dapat kebinasaanlah padahnya.

Sabda Rasulullah yang berarti, 'sesesungghnya didalam tubuh badan manusia ada segumpal daging, manakala baik ia, baiklah seluruh anggota badan, dan mana kala rosak, rosaklah seluruh anggota badan, daging itu ialah di dalam sanubari manusia.' 

Penyakit jiwa yang diharamkan oleh agama Islam dan dituntut ke atas setiap seseorang muslim dengan sedaya upayanya mengikis penyakit itu daripada hati sanubarinya adalah penyakit hasad dengki dan dendam kesumat. Dengki itu menghapuskan segala macam kebajikan yang telah dilaksanakan, seperti api menghangguskan kayu. Si pedengki itu seorang yang munafik dan bukan orang mukmin.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 'aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu: kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.'
Di dalam ada ummat Islam yng berada di dalam kesusahan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan, terdapat dikalangan ummat Islam yang begitu bahagia dengan penderitaan orang lain. Apakah dia lupa bahawa seorang insan yang seagama, sebangsa dengannya telah dihina dan diaibkan oleh ummat Islam sendiri?


'Ia hanya menuntut keredhaan Allah swt bukan keredhaan manusia.'

Manusia sebaik mana kelakuannya tetap wujud golongan yang tidak senang dengannya, biar sebanyak mana sumbangannya dan khidmatnya namun tetap ada makhluk yang membencinya. Maka jika kita semata-mata mencari keredhaan manusia sudah pasti hak terhadap Allah akan terjejas dan terhakis.

Ya Allah, aku sebagai hambamu yang dhaif ini dengan rendah diri memohon kepada mu ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu Anwar Ibrahim kekuatan iman dan jiwa serta kesihatan dan akal fikiran yang sempurna supaya beliau dapat menghadapi dugaan mu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Tidak lupa juga akau bermohon supaya engkau memberikan perlindunggan kepada isteri, anak-anak serta semua ahli keluarga dari segala bencana dan bahawa dari mereka-mereka yang mempunyai seketul daging (hati) yang busuk itu. Aku juga memohon kepada mu ya Allah, kurniakan kepada kami segala kebenaran dan keadilan dalam perjuangan kami menegakkan agama mu ya Allah. Amiiin, amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan