PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, April 24, 2011

PULAU PANGKOR: sejarahnya tersendiri

Kedudukkan Pulau Pangkor dalam peta Malaysia, Pulau Pangkor berada di bawah Jajahan Dinding dan kini tukar kepada Daerah Manjung. Bersesuaian dengan kedudukkan geografinya dan ditambah pula dengan keindahan dan kebersihan pantainya serta dihiasi dengan kesegaran flora dan faunanya, Pulau Pangkor telah terpilih sebagai salah satu DISTINASI PERLANCONGAN dan sentiasa menerima kunjunggan pelancong samada domestik mahupun internasional.

Pulau Pangkor juga telah banyak mencatat sejarah dan masih ada lagi sedikit sebanyak peninggalan sejarah seperti Batu Bersurat Belanda, Terowong atau laluan dari darat ke laut dan sebagainya. Pada tahun 1874 berlakunya 'Pertemuan Meja Bulat' dan termenterainya 'Perjanjian Pangkor' yang tercatat dalam Buku Sejarah. Begitulah hebatnya Pulau Pangkor yang mempunyai sejarahnya tersendiri.

Kehebatan Pulau Pangkor kini telah terselah dengan terdirinya mercu tanda 1Pangkor yang tersergam indah berhampiran dengan jeti utama Pulau Pangkor. Mercu tanda yang berbentuk angka satu(1) dan tertera perkataan 'Pangkor' ditengah-tengahnya. Ini juga merupakan satu sejarah bagi Pulau Pangkor sebagai distinasi perlancongan. Begitu hebat Pulau Pangkor mencatat sejarahnya tersendiri. Syabas kepada rakyat Pangkor!

On the twentythird of April 2011, tercatat lagi satu sejarah di Pulau Pangkor. Pada hari tersebut rombongan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya bertemu rakyat Pangkor telah 'DIHALANG' bot yang membawa rombongan tersebut dari mendarat di JETI UTAMA PULAU PANGKOR oleh pihak-pihak tertentu dengan tidak memberi sebarang alasan yang konkrit. Rombongan DSAI terpaksa mendarat di Jeti Sungai Pinang Kecil. Pun begitu sambutan yang diberikan oleh masyarakat Pangkor amat dibanggakan. SYABAS!

Maka bertanyalah sicomel dengan penuh kehairanan:

Kenapa tidak dibenarkan DSAI mendarat di Jeti Utama? Adakah jeti tersebut hak milk persendirian? Adakah DSAI ini seorang 'penjenayah'? Kalau dikatakan DSAI itu penjenayah, masih ramai lagi penjenayah tegar yang menggunakan jeti tersebut khususnya penjenayah kolar putih. Atau adakah DSAI  bukan rakyat Malaysia? Bukankah Jeti itu dibina dengan menggunakan wang rakyat? Kalau berdasarkan kepada 'mercu tanda' 1Pangkor yang tersergam indah itu sudah pastinya berkonsepkan 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'. Itu sebabnya DSAI berkata, "seandainya Jeti Sg Pinang Kecil juga tidak dibenarkan mendarat, kita bersampan dan berenang namun Pulau Pangkor kita sampai juga." Begitulah semangatnya seorang pejuang rakyat. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH....LAWAN TETAP LAWAN. Sicomel berasa malu dan terkilan dengan apa yang berlaku. Melayu mudah lupa! Semasa DSAI menjadi MENTERI KABINET DAN KETUA PEMUDA UMNO DULU, siapa yang terhoyong-hayang membuat/membawa rombongan bertemu DSAI memohon jasabaiknya agar DUN PANGKOR yang dikuasai oleh MIC di serahkan kepada UMNO dari MIC? Apakah orang-orang Pangkor sudah lupa sejarah ini? Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia yang sentiasa menipu sejarah. Sewajarnya juak-juak UMNO Pangkor merasa MALU dengan peristiwa tersebut. Itu sebabnya sicomel berasa hairan kenapa seorang bekas Pegawai di IKD juga merupakan anak Pangkor semasa DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO lupa segalanya setelah 'berkuasa' walaupun kuasa itu 'diambil' melalui mahkamah dari orang lain yang telah diamanahkan oleh rakyat melalui peti undi.

Pulau Pangkor telah mencatat pelbagai sejarahnya tersendiri namun kehadiran DSAI ke Pangkor telah disambut dengan meriah oleh rakyat Pangkor walaupun terpaksa melalui pelbagai kerenah 'penguasa yang berkuasa' namun hasrat murni pemimpin rakyat tidak menjadi sia-sia. Syabas diucapkan kepada pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat di Pulau Pangkor. Maka tercatatlah SEJARAH BARU di Pulau Pangkor untuk renunggan generasi baru khususnya anak-anak dan cucu-cucu juak UMNO yang memimpin pada hari ini.

semalam bermulanya untuk hari ini, hari ini membina untuk hari esok, hari esok belum pasti.......langit tidak selalunya cerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan