PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Mei 18, 2011

16 MEI: satu budaya baru terukir

16 Mei setiap tahun adalah merupakan HARI GURU dan disambut dengan meriah oleh warga pendidik di seluruh Malaysia.

Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini diseluruh malayasia ialah: "GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Sayabas dan tahniah diucapkan kepada yang bergelar GURU samada yang masih bertugas mahupun yang telah bersara.

Samada secara sedar ataupun tidak, kemeriahan sambutan hari guru telah tercemar dengan program ceramah yang dianjurkan oleh UMNO disebuah kampung yang penduduknya terdiri dari masyarakat Melayu yang beragama Islam yang mana kehidupan mereka begitu harmoni walaupun mempunyai fahaman atau ideologi politik yang berlainan, namun masih lagi bersatu dalam konteks kefahaman Islam.

16 Mei seorang penceramah telah dijemput khas untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini, malangnya penceramah tersebut gagal menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan perkembangan politik semasa, strategi pilihanraya ataupun menjana pertumbuhan ekonomi, mengurangkan masalah sosial, menghapuskan rasuah dan sebagainya yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, sepanjang tempoh ceramah itu telah dipenuhi dengan caci-cela, maki-hamun dan fitnah yang tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang 'gadis sunti' yang beragama Islam dan berketurunan Melayu serta mendakwa beliau adalah anak kepada seorang ustaz. Program tersebut dihadiri tidak lebih 100 orang kebanyakkannya orang dari luar dan bukan orang tempatan. Dan mungkin juga diantara yang hadir itu termasuk warga pendidik samada masih bertugas mahu pun yang telah lama bersara. Betapa malangnya warga pendidik pada hari itu kerana terukirnya satu budaya baru dalam lanskap politik tanahair. Adakah ini yang dikatakan "Penjanaan Tranformasi Pendidikan Negara?"

Sewajarnya diingatkan bahawa satu ketika dulu Pembangkang telah canangkan sebagai sebuah parti maki hamun, sekarang apa sudah jadi? Siapa yang menyemarakkan politik lucah, maki hamun, caci cela dan fitnah? Inilah yang dikatakan oleh Allah swt dalam surah Yaasin, "KUN FAYA KUN". Dulu cukup enak mengata pembangkang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan