PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Jumaat, Oktober 22, 2010

BIAR HILANG NYAWA: KESIAN KAT NAJIB!

"BIAR HILANG NYAWA"
"WALAU APA PUN TERJADI, PUTRAJAYA MESTI KITA PERTAHANKAN." Najib ikrar pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya. Perhimpunan Agung UMNO ke - 61.


Bergegar bangunan PWTC apabila ungkapan itu dilontarkan oleh seorang Presiden parti yang kononnya mempunyai juang yang tinggi. Jangan sesiapa cuba merampas Putrajaya nanti akan hilang nyawa. Gegak gempita gerombolan bertepuk dan terus bertepuk tangan malangnya adakah mereka semua itu faham apa yang tersirat dan tersurat.

Bangunan Putrajaya adalah milik rakyat dan terletaknya pusat pentadbiran negara. Siapa pula yang hendak merampas Putrajaya tu? Mengikut amalan demokrasi, hanya rakyat sahaja yang layak merampas Putrajaya dengan melalui proses pilihanraya. Didalam proses pilihanraya itu, sekiranya rakyat berkehendakkan PR menjalankan urustadbir negara, Najib/UMNO tiada hak melarang mereka. Oleh yang demikian, kenapa pula Najib sanggup hilang nyawa semata-mata hendak pertahankan Putrajaya? Biarlah rakyat yang menentukannya mengikut Perlembagaan.

Bangunan UMNO adalah hak ahli-ahli UMNO dan tiada siapa boleh pertikaikannya. Malangnya bangunan yang sekecil itu pun tak mampu dipertahankan, macam mana hendak mempertahankan Putrajaya yang menjadi hak rakyat. Bagaimana boleh jadi sebuah bangunan yang menjadi hak milik ahli-ahli UMNO kini menjadi hak milik Pemuda PAS Kota Baharu? Dimana hendak diletak maruah ahli-ahli UMNO? Berpidato berapi-rapi tapi harta dalam genggaman menjadi hak orang lain. Apa dah jadi dengan Pulau Batu Putih?  Tanjong Pagar? Woodlands menjadi hak milik siapa sekarang? Kenapa UMNO gagal dalam mempertahankannya? Inilah yang tersurat dan tersirat dengan slogan 'mendaya bangsa meneraju kemakmuran'. Terserlah sudah apa yang terselindung.

Dalam keghairahan Najib berikrar pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya, tiba-tiba Najib mengakui hak Melayu dijamin jikapun BN hilang kuasa. Ha ha ha macam dah tahu je urustadbir Putrajaya akan bertukar tangan. Kesian Najib. Kalau dah rasa kurang selesa, apalagi tunggu? Pembentangan Bajet 2011 tempoh hari pun jelas 'mendaya bangsa'. Harus diingatkan, 'mendaya bangsa' bermaksud menipu bangsa mengikut pengertian yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka muka surat 321.

Inilah UMNO! Sarat dengan retorik dan penipuan. Bangunan Menara Warisan setinggi 100 tingkat menelan belanja sebanyak RM5 billion tetapi dimana manfaatnya kepada rakyat? Apatah lagi dengan pengecualian cukai 300 item termasuk seluar dalam, baju dalam, komestik dan lain-lain barangan yang diluar kemampuan rakyat terbanyak memilikinya. Betapa malangnya rakyat Malaysia dalam konteks 'meneraju kemakmuran.'

Bagaimanakah cara dan kaedah yang hendak diimplimentasikan untuk mempertahankan Putrajaya sedangkan Rasulullah dan agama Islam dihina pun UMNO masih kelu untuk bersuara. Kenapa tidak dibincang langsung tentang Islamic Fashion Festival yang jelas menghina Islam. Apakah yang dikata Islamic Fashion? Adakah mereka-mereka yang terlibat dengan penganjuran festival tersebut faham secara mendalam apa yang dikatakan Islamic Fashion? Perwakilan dari Kelantan dengan lantang menyebut 'kita kembali kepada Islam'. Adakah ini salah satu dari elemen-elemen yang menjurus kepada jalan Allah swt?

Justeru itu, ayuh pendokong dan penyokong PR dan teman dari kalangan gerombolan, gunakan lah sebatang pensel itu sebaik mungkin untuk merubah urustadbir negara melalui pilihanraya. Buktikan suara rakyat suara keramat. PRK Galas dan PRK Batu Sapi sebagai gelanggangnya. Bermula dari Galas ke Batu Sapi impian Putrajaya akan menjadi kenyataan.

 SAMA-SAMA LAH KITA BERUSAHA UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA PERUBAHAN DEMI MASA DEPAN GENERASI YANG AKAN DATANG DAN JANGAN LUPA MEMANJATKAN DOA KE HASRAT ILLAHI AGAR SEGALA USAHA KITA AKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARINYA.
 
Anak muda! Teruskan perjuangan walaupun 1001 halangan yang tiba namun perjuangan tetap perjuangan. Jangan biarkan penderitaan berada dihujung jari. Ayuh Anak Muda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan