PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Oktober 24, 2010

PAUMNO: akhirnya....................telah berakhir!

  • 7 AMANAT NAJIB
  • PEMUDA, PUTERI IKRAR PERTAHAN PUTRAJAYA
  • HANYA UMNO MAMPU MEMPERTAHANKAN MELAYU DISAMPING TIDAK    MENGABAIKAN KAUM LAIN
  • NAJIB AKUI HAK MELAYU DIJAMIN JIKAPUN BN HILANG KUASA
Setelah berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO ke 61 dan disambut pula dengan PRK Galas dan Batu Sapi, UMNO kini berada dipersimpangan yang menjurus kepada kepincangan yang lebih ketara. Bajet 2011 sebahagian besar rakyat mempertikai dan menolak beberapa elemen yang kurang menyenangkan rakyat keseluruhannya. Pembinaan Bagunan Menara Warisan 100 tingkat mendapat tentangan dari pelbagai pihak. RM111 juta yang dipeuntukkan kepada PERMATA juga kurang selesa bagi sesetengah masyarakat umum. Lebih melucukan, 300 item dikecualikan cukai yang langsung tidak memberikan manfaat kepada masyarakat luar bandar.

Amanat Najib atau 7 pesanan Presiden untuk pertahan kuasa orang Melayu jauh tersasar dari landasan sebenar. Sejauh mana 7 amanat itu dapat dipraktikkan oleh pihak gerombolan kalau mereka masih lagi mempunyai sikap yang jelek. 10 perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO jelas menunjukkan gagasan 7 amanat itu akan gagal sepenuhnya. Juusteru itu yang tinggal hanya RETORIK sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan.

Hanya UMNO mampu mempertahankan Melayu, seolah-olah UMNO mempunyai kuasa ghaib atau ajaib. Benarkah hanya UMNO?. Kalau benar hanya UMNO, kenapa masih ramai lagi orang Melayu jauh ketinggalan? Negeri Trengganu 100% Melayu kenapa masih lagi menjadi negeri yang TERMISKIN di Malaysia. Kenapa sebahagian besar kawasan atau kampong Melayu ada yang masih mundur? Bagaimana pula dengan perkampongan Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin? Hanjung Simen mulanya menjadi hak Kerajaan Negeri setelah tanah-tanah orang Melayu 'diambil' kini menjadi hak milik orang lain (YTL) begitu juga seluas 24000 ekar tanah hak milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak (FIMA) di dalam kawasan orang Melayu telah bertukar hak milik kepada KLK.

Terkini diberitakan asalnya kawasan peranginan kemudian dijadikan Resort and Golf Club dan kini akhirnya telah dijadikan kilang besi oleh sebuah Syarikat dari Brazil? Teluk Rubiah berada dipersisisran pantai Selat Melaka berjiran dengan pusat peranginan Teluk Batik dan berhadapan dengan pusat pelancongan Pulau Pangkor dan hanya beberapa kilometer sahaja dengan Pengkalan TLDM, Bandar Seri Manjung dan Lumut. Dari sudut pencemarannya, sudah pasti membahayakan kerana berhampiran dengan Janakuasa TNB yang menggunakan tenaga arang batu. DIMANA SUARA-SUARA YANG DIKATAKAN MAMPU MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU?

Putera dan Puteri hanya berikrar untuk mempertahankan Putrajaya dari dirampas. Siapa yang akan merampas Putrajaya? Hanya rakyat yang berhak merampas Putrajaya berpaksikan sistem demokrasi melalaui pilihanraya. Putrajaya adalah hak rakyat dan hanya rakyat sahaja yang boleh menentukan siapa yang layak dan wajar untuk mentadbir Negara.

JUSTERU ITU, RAKYAT HARUS SEDAR SERTA MEMAHAMINYA. wALAUPUN SIAPA YANG MEMERINTAH NEGARA, HAK MELAYU TETAP TERJAMAIN. INI DIAKUI SENDIRI OLEH YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. HAK MELAYU DIJAMIN JIKA PUN BN HILANG KUASA.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan