- Hasil perolehan negara daripada sumber aktiviti pusat hiburan, kelab malam haram: Harussani
- Jika kerajaan mahu jadikan Malaysia hab hiburan malam bagi memacu ekonomi negara, maka perolehan negara itu hukumnya haram dan merugikan negara pada masa hadapan
Adakah masih tak faham lagi? SS Mufti Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan HARAM maka haramlah hukumnya. Kalau orang lain yang bercakap mungkin masih banyak lagi alasan yang akan diberikan, ini sah SS Mufti Perak yang bercakap. Tak kan Zamberi hendak membantah lagi kut. Dah banyak perkara lain yang hangpa dah rujuk, hangpa boleh ikut tak kan yang ini hangpa nak sanggah kut.
Dalam kenyataan akhbar beberapa bulan yang lalu, Zambery kata,"HARAM TETAP HARAM'. Inilah masa yang terbaik Zambery selaku orang kuat UMNO menyatakan penderiaannya serta menegur pucuk pimpinan yang kononnya mempertahan dan mertabatkan Islam berhubung dengan perkara ini. Jangan kerana hendak menjaga kedudukan dan kuasa yang dirampas, mulut terkunci seribu bahasa.
Pandangan ulamak jangan dikesampingkan semata-mata kerana desakan ekonomi. Masih banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk memacu kesuburan ekonomi. Pun begitu, jangan pula rakyat yang akan menjadi mangsa kepada pemacuan ekonomi. Hak rakyat wajar dipelihara, pertumbuhan ekonomi dirangka mengikut acuan yang sewajarnya.
Adalah menjadi kebimbangan rakyat sekiranya hab hiburan ini dilaksanakan akan menimbulkan lebih banyak lagi masaalah sosial. Sebagaimana kebimbangan yang dinyatakan oleh SS Mufti Perak. Dipetik, Harussani turut melahirkan kebimbangan jika cadangan ini dilaksanakan kelak akan menimbulkan lebih banyak masaaalah sosial melibatkan SEMUA PERINGKAT UMUR. "Aapa sudah jadi dengan negara ini? Kes pembuangan bayi, huhbungan seks bebas, huhbungan seks sejenis, tidak menutup aurat dan banyak lagi. PERKARA INI YANG PERLU DIBERI PENEKANAN DALAM MEMBINA NEGARA."
CUBA KITA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG RASIONAL.
Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng dan dibantu oleh YAB Tim. Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman telah merangka rancangan untuk membina HAB PENDIDIKAN sebagai salah satu sumber untuk memacu industri pendidikan disamping pertumbuhan ekonomi Kerajaan Negeri. Mengikut perancangannya, Universiti Al Azhar merupakan salah satu universiti yang terkenal di dunia akan dibawa masuk ke Pulau Pinang. Usaha ke arah itu telah dijalankan dengan menaikkan taraf pendidikan dan prasarana Sekolah Agama dipertingkatkan dengan harapan agar penuntut/pelajarnya kelak akan menjadi aset kepada pembangunan hab tersebut. Perancangan yang sebegina sewajarnya mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya dari kalangan UMNO. Malangnya, rancangan ini telah diekploitasikan, kononnya kerajaan PR akan menghalau orang -orang Melayu dan pelbagai tohmahan yang dilontarkan. Dari sudut Islam, yang mana lebih mulia, MEMBINA HAB HIBURAN ATAU MEMBINA HAB PENDIDIKAN sebagai sumber memacu pertumbuhan pelancongan disamping meningkatkan ekonomi negara? Justeru itu, marilah sama-sama kita membantu dan memperkukuhkan rancangan pembinaan hab pendidikan yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Janganlan ada diantara kita menjadi penghalang kepada pembangunan ini.
Kepada pengundi-pengundi Galas dan Batu Sapi, renungkanlah dengan hati yang terbuka dan jadikannya sebagai TANDA ARAS bagi menentukan hala tuju negara dan generasi yang akan datang. Setiap perhitungan yang anda lakukan adalah untuk kebaikan semua. Salah perhitungan jangan menyesal dikemudian hari.
undilah calon PR demi masa depan..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan