Kebijaksanaan setiap anggota Parti Keadilan Rakyat amat berharga dan dituntut untuk memilih pemimpin akan menarajui PKR kearah menjana perubahan lanskap politik Tanah Air. Berpegang kepada prinsip kepimpinan, "Pemimpin adalah orang yang boleh memimpin dan dipimpin." Justeru itu, setiap anggota sewajarnya berfikir ke arah itu demi kemantapan parti lantaran untuk menghadapi PRU 13 dengan nada dan irama yang sama. Pemikiran yang merentasi prinsip kepimpinan akan mengundang kegagalan dalam usaha untuk menjana perubahan.
Semngat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia sebagai kayu ukur kematangan setiap anggota PKR. Penyuburan demokrasi merupakan salah satu elemen ke arah perubahan. Kepimpinan yang jujur dan telus serta berkarisma akan menentukan kemantapan perjuangan parti. Budaya merupakan salah satu asoseris pelengkap tetapi bukannya budaya yang negatif seperti aur dalam belukar. Anggota parti merupakan aur ditepi tebing.
Merajuk dan mengenepikan prinsip bukan merupakan konklusi kepada persoalan yang memerlukan penyelesaian untuk menyatakan keikhlasan bukannya membawa atau menjunjung budaya UMNO sebagaimana ada dikalangan yang membuat pesepsi sebegitu. Merentasi pesepsi mengundang kepada kedangkalan menjurus kepada percambahan minda. Mengharunggi onak berduri memerlukan kebijaksanaan dan kematangan untuk menzahirkan matlamat bukannya untuk mencari simpati.
KEPADA ANGGOTA YANG KAN MENJALANI PEMILIHAN, KEBIJAKSANAAN DAN KEMATANGAN KALIAN MENENTUKAN GARIS PERMULAAN MENYUBURKAN DEMOKRASI DISAMPING MEMANTAPKAN PARTI.
PILIHLAH CALON-CALON YANG BERTERASKAN KEPADA THE PRINCIPLES OF LEADERSHIP. TAHNIAH KEPADA YANG MENANG DAN YANG KALAH JANGAN PULA GUNDAH GULANA. KOMITED KEPADA PERJUANGAN ADALAH PEMIMPIN YANG DIHARGAI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan