UMNO dan BN kena ingat bahawa kesombongan politik telah mengakibatkan terjadinya tsunami politik PRU ke-12, 2008.Maknanya UMNO mesti berubah dengan budaya politik baru.Kata Najib pada 16 Oktober ketika berucap di Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana,"Bukan sahaja kita perlu Model Baru Ekonomi, kita mungkin perlu Model Politik Baru" dengan harapan"....orang Melayu mesti merupakan peneraju kepimpinan dalam negara kita...kepimpinan negara kita kepimpinan Melayu dan UMNO.....dan kepimpinan Melayu adalah adil kepada semua".Jadi pembaharuan terhadap UMNO hendak lah dilakukan dalam segala aspek. Setiap pemimpin perlu benar-benar jujur bukan optimis yang mencari peluang dan kepentingan diri, pelaku rasuah atau tidak amanah.petikan dari 'geger sokmo' A.Aziz Deraman: Cetusan idea dari lubuk hati Najib. Sinar Harian Rabu 27 oktober 2010.
PERSOALAN;
- Hutang Negara RM362.39 billion - laporan audit negara
- Menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan
- Masaalah sosial yang melanda ummat Melayu Islam
- Jenayah, buang bayi, bunuh rompak dan sebagainya
- Rasuah dan salah gunakuasa
Dapatkah UMNO dilihat mempunyai prinsip yang adil dan bertimbangrasa, tanpa kronisme dan favoritisme dan menjadikan kesederhanaan sesuai dengan tuntutan Islam dan anggota-anggota pentadbirannya kerajaannya tegas dalam perlaksanaan undang-undang. Memanglah kejayaan di Malaysia terletak di bahu kepimpinan Melayu, tetapi Melayu yang bagaimana? Sewajarnya disedarai dari dulu lagi kerana ada segelintir pemimpin UMNO disemua peringkat dikatakan sombong, bongkak, agah dan hilang mesra rakyat.
Pemimpin UMNO/BN serta rakyat terbanyak sewajarnya sedar bahawa Hutang Negara mengikut laporan Audit Negara, telah sampai ke tahap yang amat meragukan iaitu sebanyak RM362.39 BILLION. Bagaimana jumlah hutang Negara menjadi terlalu tinggi. Persoalan ini yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum persoalan yang lain.
Dari segi logiknya sejauh mana keberkesanannya apabila Malaysia dijadikan hub pusat hiburan? Kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi(ETP). Dalam Islam adakah perkara sebegini digalakkan untuk memacu ekonomi sesebuah negara Islam? Tidak adakah sumber lain untuk meningkatkan ekonomi negara?Kenapa maksiat yang diutamakan? Adakah ini yang dikatakan"....kepimpinan negara kita kepimpinan Melayu dan UMNO...". Kenapa tidak dicontohi Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Cina dan dibantu oleh Timbalannya pemimpin Melayu dari PKR yang mana hub pendidikan dijadikan sumber untuk memacu industri pelancongan disamping meningkatkan ekonomi negeri. Mengikut perancangannya, Universiti Islam terkemuka di dunia akan dibawa ke Pulau Pinang disamping memajukan Sekolah Agama ke tahap yang lebih baik supaya pelajar-pelajarnya akan menjadi penyumbang kepada kewujudan universiti tersebut. Malangnya, usaha murni ini telah diekploitasikan mengikut selera mereka-mereka yang dikatakan sombong, bongkak, agah dan hilang mesra rakyat. Tatapi apabila hub kelab hiburan hendak diwujudkan, sepi seribu bahasa.Adakah ini yang dikatakan UMNO bertekad akan terus mempertahankan melayu dan bumiputra, Islam dan tanah air serta berlaku adil untuk semua kaum.
Fenomina sebegini (gambar) begitu berluluasa masa kini. Kenapa ini terjadi? Perkara sebegini sewajarnya mendapat perhatian serius. Kebelakangan ini gadis hilang sudah indeknya sudah meningkat. Tangkapan khalwat (ada dari kalangan pemimpin melayu) telah menjadi-jadi. Pembunuhan amat menggerunkan. Rasuah dan salah guna kuasa terlalu tinggi gerafnya. Justeru itu, dengan wujudnya hub kelab hiburan sebagai pemacu industri pelancongan itu dapay mengatasi segala masaalah-masaalah tersebut? Dan, kelompok manakah nanti yang akan menjuarai indeks? Hub pembangunan Insan sewajarnya menjadi keutamaan bukannya hub kelab hiburan yang menjadi kebanggaan. Hub kelab hiburan telah jelas akan menjadi masaalah yang besar kepada Negara. FIKIR-FIKIRKAN LAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan