JIKA NIK AZIZ SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK, TIDAK SEHARUSNYA MENGELUARKAN KENYATAAN BOLEH MEMECAHBELAKAN MASYARAKAT KERANA IA ADALAH ANTARA TANGGUNGJAWAB DIPIKUL PEMIMPIN ITU - MB PERAK.
Nasionalisme sekiranya dilaksanakan mengikut prinsip dan tatacara berteraskan kepada tuntutan Islam akan menjadi mulia dan dihargai tetapi sebaliknya sekiranya nasionalime itu dijadikan modal menjurus kepada kepentingan diri dan kelompok tertentu maka ianya akan menjadi hina. Kedangkalan meterjemahkan maksud nasionalime mengundang kepada perpecahan masyarakat. Justeru itu jangan dipersempitkan perlaksanaan maksud yang tersirat disebalik apa yang tersurat.
Menurut pengertian ilmiah, nasionalisme merupakan aset untuk menipu, menghina, memfitnah, melahirkan pelbagai masaalah jenayah. Apa yang berlaku pada hari ini perkataan 'nasionalime' telah dijadikan senjata untuk terus berkuasa dan membelakangkan prinsip-prinsip demokrasi berpelembagaan. Sebagai contoh, apabila kerajaan negeri Selangor mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan mengembalikan kuasa-kuasa Raja, UMNO merupakan orang pertama membantah dan melebelkan PKR/PR telah menyimpang dari landasan nasionalisme. UMNO lebih merasa bangga apabila sanggup menghina/mencaci agama dan bangsa sendiri. Adakah ini yang dikatakan nasionalisme? Masih terlalu banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan semangat nasionalisme yang menjurus kepada perpecahan masyarakat yang selalu dicanang oleh UMNO.
Adakah kalian masih ingat apa yang telah berlaku? Seorang pemimpin UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang dengan kenyataannya, Setpol kepada PM semasa berucap di Melaka, mantan PM menghina Hukum Hudud. Bagaimana pula kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah didalam kenyataanya? Bukankan tuturkatanya itu memecahbelahkan masyarakat? Ooooo! kalau dari kalangan UMNO/BN everything ok and no harm TETAPI seandainya dari PKR/PR semuanya derhaka dan tak nasionalis.
umno ngan fitbah umpama tahi dgn kentut
BalasPadam