PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Mac 27, 2011

PEMBAZIRAN: rapuhnya asas keutamaan penilaian ummat

Ibn al-Muqaffa berkata: apabila ada pembaziran di satu sisi, maka pasti ada perkara yang telah disia-siakan di sisi yang lain.

Berdasarkan kepada ungkapan di atas, sesiapa yang mengamati gerak kehidupan disekeliling masyarakat kita, sama ada dalam urusan kerohanian ataupun kebendaan, masaalah pemikiran atau sosial, ekonomi, politik dan sebagainya, pasti akan mendapati bahawa asas penilaian yang mereka gunakan untuk melakukan penilaian keutamaan terhadap sikap dan tindakan mereka sudah rapuh, pincang dan tidak seimbang lagi.

Sebagai contoh, di dalam bidang kewangan misalnya, kita dapati kerajaan-kerajaan ummat Islam membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk kegiatan-kegiatan olahraga, kesenian, kebudayaan, penerangan dan untuk memelihara kepentingan, pangkat dan kedudukan para penguasa dengan 'mengatasnamakan' secara palsu keselamatan negara sehingga tidak ada seorang pun yang diberikan hakuntuk mempersoalkan peruntukan tersebut yang sememangnya adalah merupakan wang rakyat. Sementara itu, dalam pihak lain seperti bidang pendidikan, pengajaran, kesihatan dan perkhidmatan awam kurang mendapat perhatian dan peruntukan yang sewajarnya. Mereka lebih mengutamakan 'pembangunan batu daripada usaha-usaha pembangunan manusia.'

Ketempangan dan kepincangan besar dalam cara ummat kita menilai sesuatu perkara, sehingga mereka membesar-besarkan perkara yang kecil dan meremeh perkara yang besar di mana dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, keadilan sosial yang tempang dan pincang, tidak ada sistem syura di dalam kerajaan, tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak, hak-hak rakyat dicabuli, kehormatan  manusia yang telah dicemari dan dicerobohi, penyerahan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak, pemalsuan suara pilihanraya, perompakan harta negara milik rakyat, memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun-temurun kepada keluarga tertentu, pembaziran harta negara dan seumpamanya. Kesimpulannya, sesiapa yang mendahulukan perkara yang kurang penting daripada yang sangat penting adalah orang jahil dan bodoh yang tidak mengenal dan tidak mengetahui keutamaan.

Amirul mukminin Umar Ibn al-Khatab r.a. berkata, 'tidak ada kebaikan apabila kamu tidak mahu mengucapkannya (kritikan); dan tidak ada kebaikan apabila kami (pemimpin/penguasa) tidak mahu mendengarnya.' Beliau tetap tawadduk (rendah hati), zuhud (tidak tamak/haloba) dan sentiasa menjaga hak-hak orang serta memelihara tegaknya keadilan di seluruh wilayah jajahan negara Islam di kala itu.

Di mutakhir ini, diantara perkara yang mesti diberikan perhatian sepenuhnya adalah: keutamaan amal, ibadah bdan perbuatan di zaman berkembangnya pelbagai jenis dugaan, cubaan dan fitnah yang menimpa ummat Islam. Kezaliman berlaku di mana-mana khususnya dikalangan ummat Islam khususnya. Berkaitan dengan kezaliman ini, walaupun ianya berlaku di zaman moden ini, ummat Islam sewajarnya menyuarakannya agar tidak berlaku yang haq menjadi bathil dan yang bathil itu menjadi yang haq.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Seorang Mukmin yang kuat adalah lebih utama dikasihi di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah."

"Jihad yang paling utama adalah menyatakan kalimah yang hak di hadapan penguasa yang zalim."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan