PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, April 10, 2011

OMEGA: yang ditanya dan yang dijawab

ANWAR BERANG - Utusan Malaysia 11.4.2011


Setinggi-tinggi 'tahniah' diucapkan wartawan 8tv yang telah berjaya mempamerkan etika kewartawanan yang 'mulia' semasa sidang akhbar DSAI di Kuching. Dengan 'kebijaksanaannya' tanpa mengambili kira rakan-rakan wartawan yang lain, beliau dengan angkuhnya bertanyakan soalan-soalan yang mengecewakan rakan-rakan wartawan yang lain. Inilah yang dikatakan mempunyai moral yang tinggi dari kalangan wartawan yang lain.
SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI.

BEBERAPA ORANG MUFTI TELAH MEMBUAT TEGURAN KEPADA PENGAMAL MEDIA NAMUN TEGURAN TERSEBUT TIDAK DIENDAHKAN OLEH WARTAWAN DARI 8tv TERSEBUT. Kenapa jam Omega itu yang menjadi persoalan? Dan kenapa wartawan 8tv itu begitu celupar? Sidang akhbar pada hari tersebut bertujuan untuk menilai dan membicarakan tentang PRN Sarawak. Dimana letaknya 'kewajaran' sebagai seorang wartawan?

Sabda Rsulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menjauhi perkara syubahat, maka sesungguhnya ia telah menjaga kesucian agama dan kehormatannya dan BARANGSIAPA TERJATUH KEPADA PERBUATAN SYUABAHAT, MAKA IA AKAN TERJATUH KEPADA PERBUATAN HARAM."

Akal adalah teman kepada ilmu; sebagai pendorong untuk menyelidiki rahsia-rahsia alam maya; menyeru untuk mengakui fakta-fakta ilmiah yang sabit; menuntut untuk melakukan perubahan dalam sikap diri dan tindakan.

Imam Muhammad Abduh r.h. berpandangan:

Sementara banyak orang telah mengetepikan dan melupakannya,walhal ianya merupakan rukun asasi dalam kehidupan bermasyarakat. Kelemahan, kehinaan dan kepincangan yang mereka rasai sekarang adalah kerana sistem sosial mereka telah kehilangan satu unsur asasi ini iaitu: membezakan antara hak kerajaan untuk ditaati dan dipatuhi oleh rakyat dan hak rakyat untuk mendapatkan pelayanan yaqng adil dari kerajaan. Tindakan yang salah dan dorongan hawa nafsu yang menguasai dirinya tidak akan dapat diluruskan dan dipadamkan melainkan dengan nasihat dan teguran rakyat itu sendiri, sama ada dengan perkataan ataupun tindakan.

ISLAM MEMERINTAHKAN PEMELUKNYA UNTUK MELAKUKAN SESUATU  YANG TERBAIK, SAMADA DARI SEGI PERBUATAN  MAHUPUN PERCAKAPAN DAN PERKATAAN.

Prof. Dr. Yusuf Abdullah A-Qadhawi didalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat (keutamaan) menyebut:

meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia,.mengikut Syariat Islam yang bersumberkan Wahyu Illahi dan berfungsi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan. Wahyu tersebut merupakan cahaya yang menerangi jalan akal fikiran manusia.


1 ulasan:

  1. Jam omega tu walaupun ditohmahkan sebagai hak DSAI tetap bukan bukti kukuh untok menuduhnya. Tetap penuh dengan pelbagai kekeliruan . Penetapan dari Alquran juga yang haq lagi membenarkan. Tiada yang lebeh tinggi dari Alquran.

    BalasPadam