- "Sesungguhnya al-Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus." (surah al-Isra' : 9)
- "Sesungguhnya telah datang kepada mu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikut keredhaannya ke jalan yang selamat dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinnya dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus." (surah al-ma'idah : 15-16)
Mutaakhir ini rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan cerita-cerita yang amat memalukan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA walaupun ada dikalangan rakyat Malaysia menyatakan segala apa yang dibuatnya itu semata-mata kerana hendak menyelamatkan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. RAKYAT MALAYSIA TELAH DIHIDANGKAN DENGAN KISAH VIDEO SEX YANG DIKATAKAN PELAKUNYA MIRIP ANWAR IBRAHIM. Media massa telah menjalankan kreativitinya dengan menyiarluaskan perkara tersebut sehinggakan hari ini dipelusuk negara memperkatakannya. Tua muda mahupun kanak-kanak begitu ghairah memperkatakan pro dan kontra mengikut pandangan masing-masing. SEJAUH MANA KEBAIKANNYA KEPADA UMMAT ISLAM KHUSUSNYA DAN BANGSA-BANGSA LAIN AMNYA? ADAKAH BUDAYA INI YANG INGIN KITA BEKALKAN KEPADA GENERASI YANG AKAN DATANG? KEMANA ARAH TUJU MASYARAKAT UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020? ADAKAH TERCAPAI KEINGINAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA MAJU SEKIRANYA ISU INI (VIDEO SEX) MENJADI KEUTAMAAN DALAM PEMBENTUKAN INSAN MADANI?
BETAPA MALANGNYA UMMAT ISLAM DI MALAYSIA INI! HUKUM-HUKUM ALLAH swt DIPERSENDA DAN DIPERMAINKAN. PANDANGAN ULAMAK DIKESAMPINGKAN. SUMPAH LAKNAT MENJADI BUAH MULUT SETIAP HARI. DIMANA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA? CERITA LUCAH TELAH MENJADI SATU TREND MASAKINI SEDANGKAN ALLAH swt MELARANG SAMA SEKALI MENABUR FITNAH DAN MENYEBAR LUASKANNYA, APATAH LAGI YANG DIFITNAH ITU DARI KALANGAN UMMAT ISLAM SENDIRI. SEOLAH-OLAH DI MALAYSIA INI 'CERITA LUCAH, FITNAH, MENGHINA UMMAT ISLAM TELAH MENJADI KEUTAMAAN SEDANGKAN BANYAK LAGI MASAALAH YANG PERLU DISELESAIKAN TERUTAMA KES-KES JENAYAH ROGOL, ROMPAK, RAGUT, BUANG BAYI, RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA DAN LAIN-LAINNYA MASIH MENINGKAT DAN TERUS MENINGKAT. KENAPA RAMAI DARI KALANGAN UMMAT ISLAM KHUSUSNYA PENGUASA-PENGUASA YANG BERKAITAN 'MENDIAMKAN DIRI' SEOLAH-OLAH MASAALAH INI TERLALU KECIL BAGI MEREKA. SEDANGKAN MEREKA SENTIASA MEMPERKATAKAN HANYA MEREKALAH SATU-SATUNYA ORGANISASI YANG MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. MEREKA TELAH MENGABAIKAN AMANAH ALLAH KEPADA MEREKA SELAKU KHALIFAH DIMUKA BUMI INI. LEBIH MALANG LAGI.......APABILA SEORANG BISKOP DARI KRISTIAN KATHOLIK TELAH MENYATAKAN 'KETIDAKPUASAN HATINYA' BERHUBUNG DENGAN PENYEBARAN VIDEO SEX INI SECARA TERBUKA MELALUI MEDIA MASSA. KALAU SEORANG PENGANUT AGAMA KRISTIAN BOLEH MEMPERKATAKANNYA, BAGAIMANA DENGAN UMMAT ISLAM? KENAPA ADA YANG MEMBISU SERIBU BAHASA? WALAUPUN ADA KALANGAN PARA ULAMAK MENYATAKAN PANDANGAN MEREKA NAMUN PANDANGAN MEREKA UMPAMA MENCURAH AIR DIDAUN KELADI. WAJARKAH KITA TERUS MEMBISU DAN MEMBISU? SUDAH LEBURKAH KARISMA ISLAM DI MALAYSIA INI? WAJARKAH BUDAYA INI DIKEKALKAN DAN DIBEKALKAN KEPADA GENERASI YANG AKAN DATANG? DIMANAKAH LETAKNYA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA? DIWAKTU YANG SAMA BERLAKU PERANG SIBER ANTARA KELOMPOK YANG PRO DAN KONTRA DENGAN MENGELUARKAN KATA-KATA YANG YANG JAUH TERPESONG DARI TATASUSILA DAN PERADABAN SERTA MENCEMARKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
KALAU KETUA RUMAH ITU HIDUPNYA SUKA BERGENDANG,
MAKA SEISI RUMAH AKAN TURUT MENARI.
JUSTERU ITU KEMBALILAH KEPADA AL-QUR'AN DAN HADITH YANG DITINGGALKAN OLEH JUJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PANDUAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERAKHLAK MULIA DAN DIHORMATI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan