PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sabtu, Ogos 13, 2011

KEUTAMAAN DALAM BIDANG PEMBAHARUAN MASYARAKAT: keutamaan pertarungan pemikiran

Di antara perkara yang mesti diberikan perhatian sewajarnya dalam usaha-usaha pembaharuan ialah:
  • mengutamakan setiap perkara yang berhubungan dengan pelurusan pemikiran
  • pembetulan persepsi dan penilaian kembali metodologi pemandangan dan amal

Perkara -perkara ini sangat diperlukan sekali bagi setiap usaha pembaharuan yang diidamkan, kerana sesuatu yang mustahil apabila kita mengharapkan kerja-kerja akan berjalan dengan lurus, namun pemikiran yang menjadi landasannya bengkok, sepert kata pepatah: "sampai bila bayang-bayang akan lurus, Jika kayu yang dipancangnya bengkok."

Barangsiapa yang memiliki persepsi buruk tentang sesuatu, maka akan demikian pulalah sikapnya terhadap sesuatu itu, kerana sikap dan tingkah laku adalah merupakan perlahiran dan apreasi dari persepsi dan pemahaman terhadap sesuatu itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk.

Atas dasar ini, pertarungan di medan pemikiran - yang bertujuan untuk meluruskan persepsi salah dan bengkok - adalah sangat penting dan mesti diberikan keutamaan ke atas usaha-usaha yang lain, dan ianya merupakan satu jenis dari jihad yang besar dengan menggunakan al-Qur'anul Karim sebagai senjata utama, sepert yang disebutkan di dalam surah al-Furqan, yang diturunkanpada period Makkah. Di samping ianya juga merupakan satu bahagian daripada jenis jihad dengan lisan dan penerangan (al-Bayan) seperti yang dijelaskan Baginda Nabi Muhammad saw, bermaksud: Jihadlah olehmu akan orang-orang musyrikin  dengan menggunakan harta, jiwa dan lidah mu." 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan