DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.............
MUTAKHIR INI PELBAGAI PANDANGAN DAN PENJELASAN BERKISAR TENTANG KOMUNIS DAN TANAH MELAYU...........
PERSOALANNYA ADAKAH BENAR TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH.....????
IZINKAN PENULIS MERUJUK KEPADA BEBERAPA BAHAN UNTUK MENYATAKAN SESUATU YANG ADA KAITAN DENGAN PERSOALAN DI ATAS.
Darurat dan British, 1948 - 1960: Suatu Penilaian
tulisan James P. Ongkili
Latar belakang British....
Kedatangan, pengaruh dan penjajahan British di Tanah Melayu bukan sahaja meliputi suatu jangkamasa yang panjang akan tetapi telah dilaksanakan dengan cara yang giat, sistematik dan berkesan. Sehingga baharu-baharu ini, tafsiran yang lazim diberikan, khususnya oleh penulis-penulis yang condong terhadap aliran pensejarahan Barat, ialah bahawa British campurtangan dalam hal-ehwal Negeri-Negeri Melayu di Semenanjung daripada Perak dalam tahun 1874 sehingga terbentuknya gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1895 disebabkan oleh keadaan kucar-kacir dan perang suadara dalam negeri-negeri tersebut. (lihat, misalnya F. Swettenham, British Malaya, John Lane, London 1970: R.O. Winnstedt, A History of Malaya, Marican, Kuala Lumpur, 1968; dan C.N. Parkinson, British Intervention in Malaya 1867-1877, Oxford University Press London, 1961). Kekacauan-kekacauan di Naning, Selangor, Perak dan Pahang pada awal dan separuh kedua abad ke- 19 itu digunakan oleh British untuk memajukan dasar seberang lautnya dewasa itu.
Separuh abad ke-19 itu adalah peringkat paling mercu dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat di Asia. Sesudah memperolehi Negerinegeri Selat dan menjadikannya suatu Crown Colony dalam 1867 pegawai British di tanah jajahan itu berusaha memperluaskan pengaruh imperialisme Great Britain dengan giat menawan, satu demi satu, Negeri-negeri Melayu. Menjelang 1914, semua sembilan negeri di Tanah Melayu itu telah berada dalam tangan British yang lantas memperkenal dan memperadabkan corak pentadbiran dan sistem sosial Barat melalui Residen-residen, Penasihat-penasihat dan seterusnya golongan swasta British.
Dua kesan besar dalam sejarah Tanah Melayu:
Pertama: kejayaan Britain sebagai penjajah menyebabkan kuasa metropolitan itu bertambah giat lagi mengatur, mengesah dan mengekalkan kedudukannya yang megah dan hampir-hampir mutlak di Tanah Melayu. Inilah sebabnya Gabenor-gabenaor British, selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Negeri-negeri Melayu, seperti Sir Lawrence Guillemard dalam tahun 1920 dan Sir Cecil Clementi, 10 tahun kemudiannya cuba memperluaskan lagi kesan dan teraju pemerintahan British itu ke Negeri-negeri Tidak Bersekutu melalui rancangan disentralisasi dan bentuk perwakilan dalam majlis-majlis yang lebih mudah dikendali oleh pihak British sendiri. (lihatJ.S. Sidhu, 'Decentralisation of the Federal Malay State, Peninjau Sejarah, Jld 1, No.1, Kuala Lumpur, Jun 1966; dan Emerson, op. cit.) Malangnya bagi British, Raja-Raja Melayu di Negeri-negeri Tidak Bersekutu menolak rancangan yang hendak melingkupi dalam satu lingkungan bersama jajahan takluk British yang lebih sistematik itu.
Kedua: kejayaan British di Tanah Melayu itu, secara berlanjutan, meresapkan ciri-ciri pemerintahan, budaya dan prinsip-prinsip British khasnya dan Barat amnya ke dalam cara hidup masyarakat bumiputera dan golongan pendatang di Semenanjung, tanpa mengetahui akhlak Whitehall yang rahsia dan sulit.
Berdasarkan kepada rujukan fakta-fakta di atas, dapatkah kita menyatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah?
Selalu dikisahkan bahawa kerajaan British di Whitehall tiada begiti berminat untuk memperluaskan kedudukannya di Alam Melayu di pertengahan abad ke-19. Walaupun demikian, yang penting ialah bahawa British juga yang seterusnya bertindak dan menjadi kuasa penjajah di Semenanjung itu.
sumber rujukan:
DARURAT 1948 - 1960 (cetakan pertama 1984)
DITERBITKAN OLEH:
MUZIUM ANGKATAN TENTERA
91, Lorong Kubu, Jalan Padang Tembak,
Kuala Lumpur.
disunting oleh:
Prof. Khoo Kay Kim
Adnan Haji Nawang
tanah melayu pernah atau tak pernah dijajah itu cerita lama...yg penting malaysia ni dah merdeka ke belum?
BalasPadam