PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, Disember 01, 2011

JIHAD: kemana hala tuju

Hisap rokok dalam kelambu
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Biarlah PKR menjadi golok kayu namun ianya tetap akan menjadi senjata walaupun ditetak tidak lut. Walaupun ditetak tidak lut namun masih mempunyai nilai dan mendatangkan kesakitan kepada yang menerima tetakan tersebut. Terbukti kini, bahawa golok kayu itu telah menyakitkan dan amat memedihkan.

Golok kayu ini bukan untuk digadai malah disimpan dan dijaga dengan baik agar ianya kekal menyakitkan. Pun begitu golok kayu akan menjadi penghalang kepada tergadainya maruah agama, bangsa dan negara.

Adakah kita berbangga dengan situasi sebegini? Wajarkah kita menerima kenyataan yang sebegini rupa? Dimanakah letaknya 'peradaban dan tamaddun' manusia seandainya kita menilai sesuatu perkara itu tanpa mengambilkira kewajarannya. Mungkin ada kelompok yang berasa bangga dan betepuk sorak tanpa memahami apa yang tersurat dan tersirat melainkan hanya menunjukan bahawa kedangkalan berfikir dari sudut hakikinya. TETAPI Rasulullah s.a.w. tidak akan berbangga dengan umatnya yang jahil, bodoh, fasiq dan zalim. Namun yang menjadi kebanggaan Baginda adalah apabila umatnya itu tergolong pandai, baik, bermutu dan beramal soleh serta bermanfaat bagi orang lain.
Didalam sebuah hadith Baginda s.a.w. bersabda mahfumnya: "Manusia itu seumpama kelompok unta; ada seratus ekor tetapi tidak ada yang boleh dijadikan tunggangan." (hadith diriwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibnu Umar. Lih. kitab: Al-Lu'lu' wa al-Marjan hadith bil. 1651).

Salah seorang pujangga lama Arab telah mengenal pasti akan kebaikan kualiti keatas kuantiti, katanya:
"Kamu mengejek kami kerana bilangan yang sedikit,
Cuba kamu lihat: orang-orang mulia itu tidak banyak,
Apalah salahnya bila jumlah kami sedikit namun mulia
Tetapi bilangan yang banyak ada dalam kehinaan."

Dipetik dari ucapan YAB Tim. Presiden UMNO:
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 143, yang bermaksud:
"dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus). Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) s.a.w. pula kan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."

Sejauh mana maksud ayat diatas dihayati dan diamalkan oleh UMNO dan kepimpinannya dalam konteks amalan ritual dan amal soleh serta pembangunan yang membawa kepada kesejahteraan hidup manusia hari ini? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa, fitnah dan beberapa perkara zalim masih berleluasa di bumi Malaysia ini. Benarkah umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabatkan sedangkan pelbagai penghinaan berlaku dikalangan umat Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Justeru itu, bersuluh biar terang, melihat biar nyata dan mendengar biar sempurna agar umat Melayu dan agama Islam itu tidak dipermainkan demi mempertahan kuasa yang hanya dipinjamkan buat sementara. Tak perlulah kita memperkatakan tentang jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak, sekiranya kita masih lagi dalam kehinaan dari sudut Allah swt.

PRU 13 ADALAH MEDAN UNTUK MENENTUKAN HALA TUJU JIHAD YANG DIREDHAI SERTA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH swt.......MARILAH KITA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN PENGERTIAN JIHAD YANG SEBENAR DENGAN MENOLAK KEBEJATAN umno/bn DALAM PRU 13 DENGAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA pakatan rakyat DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA.

UBAH SEBELUM PARAH...PUTRAJAYA ADALAH MATLAMAT KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan