PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Ahad, Disember 04, 2011

MASJID AL-RAHMANIAH: Biro Kebajikan - Tabung Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah..bersyukur kehasrat Allah swt di atas inisiatif Biro Kebajikan Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir telah berjaya mengwujudkan 'Tabung Anak-Anak Yatim' bertujuan membantu sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim dalam qariah Al-Rahmaniah dan Az-Zakiah Tanjung Kepah.

Tabung ini menerima sumabangan dari individu-individu, ngo dan pelbagai sumber yang halal. Setakat ini, Biro Kebajikan telah pun meraikan seramai 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli-belah keperluan persekolahan pada 19.11.2011 di Pusat Membeli -Belah (pasar borong) SAKAN di Manjung. Tabung ini telah mengeluarkan sebanyak RM 2,029.70 untuk membeli barangan ter sebut.

Untuk makluman, Tabung Anak-Anak Yatim ini masih memerlukan dana dan sumbangan dari orang ramai khususnya dari ANAK-ANAK LEKIR yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sebarang sumbangan hendaklah disalurkan kepada Bendahari, Tabung Anak-Anak Yatim, Masjid Al-Rahmaniah Batu 8 Lekir. Atau boleh berunding terus dengan Bendahari atau Setiausaha Tabung Anak-Anak Yatim untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

AHLI JAWATANKUASA ANAK-ANAK YATIM:

Pengerusi: Tuan Haji Shafie bin Md Sanit
Setiausaha: Tuan Haji Khadri bin Md Wahi
Bendahari: Tuan Haji Basri bin Ahmad
Ahli J/Kuasa:

Encik Jamaluddin bin Md Saidi
Encik Mohd Jamal bin Hj Abu Bakar
Encik Zainal Abidin bin Ismail
Puan Hasanah bte Osman
Encik Mohd Tazalli bin Md Tamin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan