PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Selasa, November 09, 2010

48: rambut putus tepung berderai

FAHAMI KONSEP DAN PERJUANGAN PERTI

Salam perjuangan dan salam reformasi kepada semua pendokong dan penyokong PARTI KEADILAN RAKYAT DAN PAKATAN RAKYAT.

Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berderai. Inilah bidalan Melayu yang dikesampingkan dalam mencari realiti dalam pemilihan MPP yang telah, sedang dan akan berlangsung. Keghairahan telah merentasi kebijaksanaan yang menjurus kepada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan. Diawal perbicaraan semuanya indah dan akhirnya setelah fenomina berubah ungkapan berbeza dari geraklaku.

Persoalannya:
siapa yang melantik JPP
siapa pula yang merangka 'rules and regulations'adakah difikirkan pro dan kontranya?

Berdasarkan kepada persoalan di atas, dapatkah kita membuat satu kesimpulan yang positif serta memberi manfaat kepada kebijaksanaa yang dapat dihidangkan kepada anggota parti disamping memantapkan parti serta menyuburkan demokrasi ke arah perubahan lanskap politik baru. Sekiranya JPP ini dilantik oleh Krtua Umum bersama Presiden parti sudah pastinya wujudnya kepincangan TETAPI sekiranya MPP yang melantiknya bagaimana? Siapa pula yang berada dalam barisan MPP tersebut? Dan SIAPA siapa pula yang mempertikaikan JPP?

Kepada kedua-dua calun TIMBALAN PRESIDEN sewajarnya menjawab persoalan di atas dengan hati yang terbuka serta mencari jalan penyelesaiannya. Media massa bukan tempat yang TERBAIK untuk dijadikan platform bagi menyelesaikan kepincangan ini. Tanyalah kepada diri anda sendiri.

Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berpengelaman luas dalam politik sewajarnya perkara sebeni tidak timbul melainkan ada agenda tersembunyi disebalik tabir menegakkan demokrasi. Kalau ini yang berlaku, dimana letaknya setiap patah perkataan yang telah diungkapkan sebelum ini? Anggota parti pada hari ini sudah bijak untuk menilai dan setiap penilaian yang dibuat berlandaskan kebijaksanaan anggota parti berfikir.

Apabila kita kecundang digelanggang sendiri, sewajarnya kita mencari puncanya serta mengambil inisiatif untuk membetulkan kesilapan-kesilapan yang lalu bukannya menjadi jaguh yang tidak mempunyai sifat-sifat kepahlawanan yang mana secara langsung dan tidak langsung meletakkan diri kita sebagai seorang yang tidak matang.

Kesimpulan:

Kemelut yang berlaku hari ini seolah-seolah telah rencana dengan teliti oleh pihak-pihak tertentu. Rentak dan irama yang didondangkan oleh Dato' Zaid, Dr Asri dan beberapa bloggers hampir sama dan menjurus kepada 'penyingkiran secara berhemah' DSAI dari PKR. Kronologinya: Janapalan kata Anwar jangan masuk campur, Dr Asri kata Anwar perlu bersara, Dato Zaid kata Anwar punca kepada pergolakkan dalam PKR dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada Anwar. Adakah mereka telah berfikir semasak-masaknya sebelum mengeluarkan sebarang kenyaatan. Tidak terfikirkah oleh mereka yang bijakpandai ini setiap kenyataan mereka akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu? Tidak adakah mereka menyimpan sedikit ruang simpati atau resah gulana dengan apa yang dihadapi oleh DSAI? Kalau dah semua sudut dibedil, gunung batu pun akan pecah inikan pula seorang manusia yang kerdil ini. Mampukah DSAI berdepan dengan pelbagai kerenah ini? Cuba tanya pada diri anda sendiri. Ini tidak, semuanya hendak menyondol tanpa mengambil kira kesan sampingannya.

FAHAMILAH KONSEP DAN PERJUANGAN PARTI!!!!!!!!!!!!!!!! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan