PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Isnin, Jun 06, 2011

BUKA MINDA: semangat melayu dan ultra kiasu

Suka saya bertanya kepada sekutunya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika ultra kiasu ingin bertanding di kawasan majoriti Melayu, kerusi siapa yang hendak diambil, PKR atau PAS? Saya tidak pasti sama ada PKR atau PAS sanggup menyerahkan kerusi mereka. Jika dserahkan, terbuktilah bahawa mereka semakin tunduk kepada parti ultra kiasu ini. Buka Minda Ridhuan Tee Abdullah, SINAR HARIAN 06 jun 2011.

Disini penulis melihat betapa janggalnya pendapat Dr Ridhuan Tee dalam konteks kesefahaman komponen dalam Pakatan Rakyat. Sudah sekian lama PR telah sependapat dan membuat persefahaman menentukan kerusi. Di kawasan majoriti Melayu, kerusi siapa yang hendak diambil, PAS atau PKR? Untuk pengetahuan Dr Ridhuan, kerusi yang hendak diambil adalah kerusi UMNO. Itulah matlamatnya.

Katanya lagi, Parti ini terlalu bahaya kepada kita sebagai umat Islam. Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku di Sinapura..........Perkara ini telah pun kita nampak di Pulau Pinang, walaupun tidak secara jelas...............

Sekali lagi kedangkalan pemikiran seorang yang memilikki Phd. Perubahan keadaan dan lankskap politik perlu diambilkira. Kenapa perkara yang berlaku berpuluh tahun itu diambil sebagai perbandingan? Adakah Dr Ridhuan Tee lupa atau sengaja membuat lupa, apa yang terjadi kepada Melayu Pulau Pinang semasa Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan komponen kepada BN. Justeru itu kita sewajarnya melihat secara keseluruhan fakta dan bukannya memilih-milih fakta.

Pandangan beliau, United Malay Muslim National Organization? Ini berarti UMNO kena tukar kepada UMMNO. Kah kah kah! Islam itu Melayu, Melayu itu Islam! Kemanakah hala tuju pemikirannya? Dalam konteks ini, dimana pulak kedudukan kelompok Mamak dan Mualaf (cina dan india yang memeluk agama islam)? Kalau dah Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Seperkara lagi, apakah maksud perkataan 'nasional' itu? Bukankah dia membawa maksud 'kebangsaan'? Apa bedzanya 'kebangsaan Melayu' dengan 'Melayu Muslim'? Sebagai contoh, saudara adalah dari kelompok Cina Muslim, wajarkah saudara berada dalam UMNO/UMMNO?

Kesimpulan yang dapat dibuat dari artikel buka minda Ridhuan Tee Abdullah di muka surat N16 Sinar Harian, terdapat dua elemen yang bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri.
  • ada unsur -unsur perkauman yang boleh memecahbelahkan masyarakat majmuk
  • ada unsur memecahbelahkan kesepakatan PAKATAN RAKYAT yang semakin utuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan