PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, Oktober 20, 2010

EZZAM: bangsa melayu harus berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir

Jangan ikut emosi sokong Anwar: EZZAM.

Senator Ezam Mohd Nor menyeru rakyat Malaysia terutamanya bangsa melayu yang masih menjadi pengikut setia dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu mengikut emosi dalam menyokong setiap tindakan bekas PERDANA MENTERI berkenaan.
petikan dari Sinar Harian 21.10.2010 (nasional).

Soalan pertama: bila pulak DSAI menjadi PM? May be coming soon kut. Kita tidak pasti samada Ezam tersalah sebut atau reporter tersilap  tulis, yang pasti sekurang-kurangnya Ezam telah mengakui bahawa DSAI telah dan akan menjadi PM Malaysia. Tetapi jangan lupa bahawa DSAI pernah memangku jawatan PM dan sempat mengubal undang-undang rasuah yang kini diterima pakai dan amat menyusahkan gerombolan masa kini.

Soalan kedua: bangsa melayu harus berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir. Dari sudut agama, perkataan HARUS bermaksud nak ikut pun tak apa tak ikut pun tak apa. Harus le katakan. Dalam kontek ini kenapa kita nak berterima kasih kepa DrM sedangkan beliau begitu jelas menentang hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Siapa yang menghina hukum Hudud? Siapa yang menghina Nabi Muhamap saw? Siapa yang merosakkan melayu? Adakah yang seperti ini WAJAR kita berterima kasih?

Soalan ketiga: bermoral kah ezam setelah mencaci dan menghina Dr M semahunya dan menjadi 'pahlawan' mempengaruhi anak-anak muda dan rakyat malaysia berdemotrasi dan akhirnya menjilat kembali segala najis yang dilontarkan? Dimana kotak-kotak yang dikatakan dulu? Apa semuanya sudah cair dan hanyut dibawa arus? Bermaruahkah parti yang mengamalkan rasuah, penyalahan guna kuasa, memfitnah, membunuh, ugut dan sebagainya.

Soalan keempat: sudah tiba masanya untuk rakyat malaysia mengikut sikap Dr M. Bolehkah Rakyat Malaysia mengikut sikap Mahathir? Fuuuh semangat! Ya Allah selamatkan hamba-hamba mu dari mengikut sikap Mahathir yang telah menghina dan mencela perintah mu Ya Allah. Seandainya setiap rakyat malaysia menerima dan mengikut sikap Mahathir, apa akan jadi dengan Negara Malaysia ini? Hancur leburrrrrrrr!

Soalan keliama: apa sudah jadi dengan GERAK/ anti rasuah? Setelah mendapat gelaran Senator itu semua sudah hilang dari kotak ingatan malah ezam sendiri pula menyeru supaya rakyat menerima dan berterima kasih pulak kepada perasuah. Ini lah golongan MELAYU MUDAH LUPA. Memadailah saudara bergelumang dengan najis janganlah pulak saudara cuba mempengaruhi orang lain supaya sama-sama bergelumang dengan najis. Saudara! satu jari saudara menuding kearah orang lain, tiga atau jari yang lain menuding kearah saudara sendiri.

Persoalannya: adakah saudara sudah tidak bermaya lagi berada dalam gerombolan? adakah saudara sudah sedar bahawa saudara telah diperkudakan lantaran itu saudara merayu kepada rakyat Malaysia agar bersikap seperti saudara?

KESIMPULANNYA: kami tidak rela menjadi hamba Allah yang tidak berpegang kepada prinsip. teruskanlah perjuangan saudara mudaha-mudahan akan mendapat keberkatan dari Allah swt. biarlah luncai terjun dengan labunya. Lagi pun perjuangan kami bukan semata-mata mengikut emosi tetapi berlandaskan kepada yang haq tetap haq dan yang bathil tetap bathil. Kemakmuran negara sewajarnya dikongsi bersama bukannya dibolot oleh segelintir manusia yang tamak dan haloba tanpa mengira halal haramnya. Janganlah saudara membuang masa dan tenaga saudara memujuk dan merayu untuk bersama-sama kelompok yang jelas terpesong/tersasar dari landasan kemanusiaan. Walaupun saudara mempunyai kuasa dan hak, kami juga mempunyai kuasa dan hak yang sama malah hak kami semata-mata kerana Allah swt untuk mempertahankan hak rakyat yang terbanyak dan tertindas dengan kerakusan nafsu serakah manusia yang lupa asal usulnya.

1 ulasan:

  1. nak terima kasih kat orang yg hina islam apakejadahnya

    BalasPadam