PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sabtu, Februari 05, 2011

PDRM: menjalankan tugas dengan penuh semangat

"KES BUNUH MEMANG BANYAK DAN KES SAMUN MEMANG BERLAKU TETAPI KALAU IA TIDAK DIPOLITIKKAN KITA BOLEH MENJALANKAN SIASATAN SEPERTI BIASA TETAPI APABILA DIPOLITIKKAN KITA PERLU BERHATI-HATI"ketua polis selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Adakah semua kes yang berlaku itu dipolitikkan? Mungkin sebahagian daripadanya ada individu-individu tertentu mahu kelompok-kelompok tertentu cuba memberikan pandangan berhubung dengan kes-kes yang berlaku. Dan ada juga pihak-pihak tertentu telah membuat tafsiran yang salah dan akhirnya pandangan itu dikatakan 'politics mileage'.

Kebanyakkan kese-kes yang dikatakan telah dipolitikkan itu berdasarkan kepada beberapa faktor yang menjurus kepada 'menyelamat' dan menepikan prinsip undang-undang mengikut 'keperluan' semasa. Tidak dinafikan ada kese-kes telah dipolitikkan sekiranya ia melibatkan profil tinggi. Sebagai contoh, satu kes di Negeri Selangor dimana satu aduan telah dibuat ke atas Menteri Besar Selangor berhubung dengan LEMBU KORBAN yang disumbangkan. Dari awal kita sudah nampak niat pengadu semata-mata mempolitikkan kes tersebut. Begitu juga dengan beberapa kes yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Penulis bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Krtua Polis Selangor itu, malangnya sejauh mana kenyataan itu diterima pakai oleh pihak-pihak tertentu? Penulis bersimpati dengan pihak PDRM yang sedaya upaya dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk menyelesaikan beberapa kes tetapi masih ada tangan-tangan ghaib yang sedikit sebanyak menggangu proses siasatan.

Kes-kes bunuh, samun, rompak, ragut, rogol, rasuah dan sebagainya begitu meningkat dan amat membimbangkan. Inilah merupakan cabaran yang amat besar bagi PDRM. Justeru itu, sejauh mana kes-kes sebegini dapat dielakkan dari dipolotikkan? Sekiranya kes-kes ini ada kaitan dengan 'orang-orang besar'. Kepentingan peribadi diutamakan dari keluhuran undang-undang. Adakalanya ada kes-kes yang dilihat 'terpaksa' dipolotikkan berdasarkan kepada situasi tertentu. Banyak kes-kes yang berkenaan berlaku dan terus berlaku. Kebiasaannya pihak pembangkanglah yang akan menjadi mangsa. Dalam konteks negeri Selangor, siapa yang menjadi pembangkang? Begitu juga di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan