Kepesatan pembangunan Daerah Manjung begitu lancar dan membanggakan lantaran kebijaksanaan pemerintah yang begitu prihatin terhadap kemajuan dan penstrukturan semula bandar/pekan Sitiawan dan Bandar Baru Manjung. Syabas dan tahniah kepada MB dan gerombolannya.
Dalam usaha kerajaan negeri menjana kepesatan pembangunan dalam daerah Manjung khususnya, samada secara sedar ataupun tidak, beberapa kawasan tanah kerajaan negeri 'terlanyak' begitu sahaja.
Terbaru difahamkan sebidang tanah kerajaan yang dulunya penempatan kakitangan kerajaan (kuarters) di pekan Sitiawan akan menjadi mangsa kepada pembangunan yang belum pasti bentuknya mahupun sejauh mana memberikan faedah secara total kepada rakyat. Kuarters tersebut masih lagi didiami oleh kakitangan kerajaan dan ada diantaranya telah dijadikan tempat anak-anak dari kalangan kakitangan serta masyarakat sekeliling untuk 'mengaji al-Qur'an'. Difahamkan notis untuk mengosongkan kuarters tersebut telah pun diterima oleh penghuni kuarters tersebut. Pengosongan perlu dilakukan selepas HARI RAYA EDUL FITRI yang akan menjelang.
Dimaklumkan juga bahawa, tanah tersebut sebagai kontra kepada sebuah syarikat pemaju yang telah membangunkan satu kawasan perumahan yang tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Dan mungkin juga ada beberapa kawasan kuarters kerajaan juga akan menerima nasib yang sama. Inilah pengorbanan yang perlu dibayar oleh rakyat kepada kebijaksanaan merancang yang terancang oleh pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan.
Diberitakan juga bahawa Daerah Manjung ini akan mempunyai satu lagi Pulau Bebas Cukai yang mana akan diwujudkan satu lagi Pulau Jadian untuk tujuan tersebut. Belum pasti lagi sejauh mana 'pengorbanan' diperlukan. Teluk Rubiah sebuah pusat peranginan telah pun terlepas ke tangan orang lain yang mana akan terbinanya sebuah kilang besi yaqng dimiliki oleh syarikat dari Brazil....sekali lagi ummat Islam dan orang Melayu terpaksa berkorban dengan berlakunya perpindahan Tanah Perkuburan Islam yang telah lama bertapak disitu. Ahli keluarga dan kaum kerabat simati merasa terlalu terkilan kerana sebahagian besar dari kalangan waris tidak dimaklumkan terlebih dahulu. 'KERA DIHUTAN DISUSUKAN AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN'.
Berapa banyak lagikah rakyat perlu berkorban dan hanya terkebil-kebil melihat kepesatan pembangunan yang belum pasti dinikmati? Alangkah bijaknya sekiranya dibangunkan tempat itu dengan membina 'rumah mampu milik' untuk rakyat marhen yang amat memerlukan sebuah rumah kediaman yang selesa daripada tanah itu dimiliki oleh sebuah syarikat yang sudah maju dan kayaraya. UMNO/BN membela rakyat????????????
INILAH YANG PERLU RAKYAT FIKIRKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan