PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Isnin, November 22, 2010

PKR: biduk lalu kiambang bertaut

"Bersama kita mewujudkan Masyarakat Madani demokratik dengan prinsip keadilan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, Bangsa Melayu dan Malaysia yang berjiwa agama, Ikatan kaum-kaum dengan kasih sayang, Pentadbiran negara yang amanah dan cekap, Golongan pekerja yang terbela, Agenda merakyatkan ekonomi Malaysia, Generasi muda berjati diri dan berwawasan global, serta Semangat reformasi, politik baru dan budaya baru." mustaffa kamil ayub.

Proses pengundian untuk memilih kepimpinan Parti Keadilan Rakyat telah berakhir walaupun dihantui dengan pelbagai kerenah dari pelbagai pihak samada secara jujur atau disebaliknya namun atas kebijaksanaan kepimpinan pelbagai kerenah telah dapat diatasi dengan baik walaupun masih ada yang tidak berpuas hati.

  • Kepada anggota parti yang dikasihi dan dihormati, walau sepedih mana sekali pun kita menghadapi proses pengundian ini, adalah diharapkan agar kita semua kembali kepada MATLAMAT asal dalam perjuangan kita. Yang berlalu biarkan berlalu dan kita sama-sama membina semagat baru kearah POLITI DAN BUDAYA BARU untuk menjana perubahan. Kita sewajarnya membina SUARA BARU DEMOKRASI DAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN.
  • memastikan kesinambungan KEADILAN agar ia bertambah kuat, imej yang menyakinkan serta menjadi wadah politik masa depan negara
  • menyemai dan menyemarakkan politik baru dalam KEADILAN dengan menekankan prinsip nilai, khidmat serta amanah

Justeru itu, apa yang berlaku kita jadikan pengajaran untuk kita meneruskan perjuangan. Kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian itu, bertanyalah kepada diri sendiri sejauh mana kebenaran kalian dalam usaha memprotes setiap perkara.Adakah setiap ruang perbuatan kita itu mendatangkan kebaikan atau pun sebaliknya? Dimana letaknya 'prinsip' Masyarakat Madani? Dimana pula letaknya 'landasan' kesinambungan perjuangan? Perkara ini sewajarnya dilihat dengan hati nurani yang ikhlas dan jujur demi mewujudkan imej yang menyakinkan.Adakah ini yang dikatakan politik baru dan budaya baru?

Kalau kita lihat, protes dilakukan oleh kelompok dan puak-puak tertentu yang jauh tersasar dari landasan perjuangan. Wajarkah kita menggunakan media massa yang telah diketahui akan agenda mereka? Wajarkah kita mengadakan demontrasi semata-mata kita hendak mengejar cita-cita dan agenda sendiri? Wajarkah kita menggunakan mahkamah sebagai jalan penyelesaian? Begitu juga dengan kelompok blogers yang sentiasa memainkan isu-isu remeh temeh? Para sahabat yang dikasihi sekalian, samada secara langsung atau tidak langsung kalian telah 'membekalkan' peluru kepada pihak musuh dengan percuma. Renung-renungkanlah?

Dipermulaannya kita merasa gah dengan tindakan yang kita lakukan tetapi akhirnya siapa yang parah? Bertepuk tangan begitu ramai tetapi yang menanggis siapa? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Ayam berkokok riuh sekampung tetapi ekor bergelumang dengan tahi dan busuknya......semerbak diseluruh pelusuk negeri. Siapa dan siapa yang wajar membersihkannya? Bukakah dari kalangan kita juga?

JUSTERU ITU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBERSIHKANNYA DAN SAMA-SAMA BERTANGGUNGJAWAP. SEKALI LAGI SAYA DENGAN RENDAH DIRI MENYERU DAN MERAYU KEPADA ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT KEMBALILAH KE LANDASAN YANG TELAH DIBINA SERTA KETEPIKAN AGENDA TERSEMBUNYI DEMI SATU PERJUANGAN DAN DEMOKRASI MURNI AGAMA. BERSAMALAH KITA MEMBINA DAN MEMPERKUKUHKAN SEMANGAT REFORMASI POLITIK BARU DAN BUDAYA BARU DEMI UNTUK MASA DEPAN NEGARA.UNTUK MENYELESAIKAN MASAALAH JANGAN SEKALI-KALI KITA WUJUD MASAALAH.YANG JAUH DITANDANG, YANG DEKAT DISAPA DAN YANG DISISI DISATUNI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan