PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, November 11, 2010

24hrs: terperangkap dan diperangkap

SESUNGGUHNYA(PENGIKUT-PENGIKUT)MEREKA BERKATA(KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA)"KAMULAH YANG DAHULU DATANG KEPADA KAMI DARI KANAN" ayat 28 surah As-saffat.

Huraian ayat:
pemimpin-pemimpin itu mendatangi pengikut-pengikutnya dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati.

Salam perjuangan dan salam reformasi kepada pendokong dan penyokong PKR/PR didoakan kalian beroleh kesejahteraan dan terus dengan perjuangan.

Maksud dan huraian ayat di atas dengan jelas memberikan peringatan kepada semua pihak, samada pemimpin mahupun pengikut-pengikutnya. Sila kaitkan ayat di atas dengan apa yang berlaku buat pada masa ini. Pemilihan yang dianggap melaksanakan tututan demokrasi telah dipertikai dan dipersoalkan mengikut ukuran pemikiran yang kurang sopan menjurus ke arah kebinasaan. Kenapa dan mengapa? Dimana letaknya apa yang dikatakan 'prinsip'? Semua orang mempunyai prinsip masing-masing namun tak menjadi satu kesalahan atau hilangnya maruah apabila prinsip itu sendiri pengorbanan demi untuk kebaikan bersama dan memantapkan parti. Malangnya apa yang berlaku pada hari ini prinsip ditegakkan demi mencapai keinginan yang mengatasi segala-galanya. Perlukah kita bersengketa di medan yang sentiasa mempergunakan kebijaksanaan mereka untuk mengelirukan dan mengadu-dumbakan antara satu sama lain? Inikah yang dikatakan prinsip? Dimana letaknya kejituan pemikiran?

"KAMULAH YANG DAHULU DATANG KEPADA KAMI DARI KANAN"
Jelas dilahat kedua-dua calun Tim. Presiden dan konco-konconya gagal menghayati maksud ayat di atas pun begitu kalian mendatangi kami dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati.

Siapa yang melantik JPP? Siapa pula yang menyediakan 'rules and regulations' untuk memantapkan JPP? Dan siapa pula yang mempertikai dan mempersoalkan JPP? Bukankah kalian terlibat secara langsung? Dimana letaknya prinsip? Anggota menjadi keliru dan porak peranda dengan sikap yang ditunjukkan oleh kalian.

Setiap yang baru itu sudah pastinya ada cacatcelanya dan masih lagi boleh diperbaiki mengikut lunas-lunas kepartian. Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof Aziz Bari, kenapa perlu kelambu dibakar semata-mata kerana ada sedikit pijat-pijat didalamnya? Sewajarnya kalian berasa bangga kerana PKR berani melakukan pemilihan secara 'satu anggota satu undi' walaupun ada sedikit kelemahannya. Learn true mistake! Bukannya menampilkan kebejatan pemikiran yang boleh mengelirukan semua pihak. Sekiranya kali pertama dilakukan ada kelemahan, dikaji kelemahan itu dan diperbetulkan pada masa yang akan datang bukannya terus hentam keromo dan terikut-terikut dengan permainan pihak luar. Dan akhirnya siapa yang terjerumus? Saudara Mus, ketegasan saudara memberi 48 jam telah memperlihatkan kelemahan saudara sendiri yang meneruskan pertandingan dalam protes. Berdasarkan kepada keakraban sahabat saya terpanggil untuk memberi pandangan menjurus kepada teguran, itupun kalau sudi saudara menerima pakai pandangan tersebut. Bermuhasabah diri lah selalu demi satu perjuangan yang mengharapkan keredhaan dari Allah swt.

INGATLAH! "YANG JAUH DITANDANG, YANG DEKAT DISAPA DAN YANG DISISI DISANTUNI".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan