"Perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan akan mengakibatkan bangsa Melayu lemah dan terpaksa bergantung kepada pihak luar. Kesan daripada perpecahan berkenaan, orang Melayu menjadi semakin lemah dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu tidak boleh bertegas".
Dr Mahathir berpendapat, kekuatan dan kegemilangan orang Melayu hanya boleh dibina kembali menerusi perpaduan.Dalam konteks ini siapa yang memecahbelahkan orang Melayu? Perpecahan orang Melayu yang pertama bermula apabila segelintir golongan ulama dalam UMNO kecewa dan keluar dan meninggalkan parti itu serta membentuk baru iaitu PAS. Kenapa golongan ini bertindak demikian? Kerana ketika itu keutamaan diberikan kepada individu yang boleh berbahasa Inggeris. Adakah golongan ulamak ini tidak layak duduk semeja didalan medan rundingan dengan British? Sekali lagi, siapa yang memecahbelahkan orang Melayu? Hinakah golongan ulamak yang tidak tahu berbahasa Inggeris? Muliakah golongan Melayu yang bijak berbahasa Inggeris? Disini telah wujud 'persempanan' orang Melayu.
Namun individu kecewa dalam UMNO terus berlanjutan dari masa kesemasa sehingga tertubuhnya beberapa parti yang didominasi orang Melayu, iaitu Semamgat 46(S46) dan Parti Keadilan Rakyat(PKR). Semuanya kecewa kerana gagal mencapai apa yang diinginkan ketika bersama UMNO. Apa sebabnya Ku Li dan penyokongnya termasuk Rais Yatim yang telah membakar jambatannya? Golongan ini tidak berpuas hati dengan kepimpinan ketika itu tentang nasib orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Kenapa UMNO diharamkan ketika itu? Siapa yang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu? beberapa tindakan kepimpinan ketika itu telaj membelakankan prinsip-prinsip kemanusiaan sebagaimana yang berlaku di Memali, Baling di Kedah. Wajarkah sekelompok orang Melayu Islam yang tergolong dalam golongan ulamak diserang dan dibunuh? Adakah dengan cara itu dapat menyatupadukan orang Melayu? Jangan tergelincir dari landasan sejarah, sejarah tidak pernah menipu tetapi manusia yang menipu sejarah. Betapa ruginya ummat Islam dan orang Melayu apabila golongan ulamak ini dihapuskan.
Orang Melayu mempunyai kekuatan sekiranya mereka bersatu dan menjadi kuat serta berjuang dengan satu matlamat. Jangan dinafikan bahawa perkara ini berlaku. Kekuatan orang Melayu ketika itu bersama-sama bangun dalam wadah perjuangan bersama UMNO dan bermatlamat untuk menegakkan Islam sebagai agama resmi negara mengikut perlembagaan. Malangnya, ada sesetengah pemimpin UMNO ketika itu seolah-olah merasakan agama Islam ini sebagai penghalang kepada kemajuan. Siapa yang yang memperlekeh dan menentang HUKUM HUDUD? Siapa yang mengatakan sesiapa nak makan sup tulang tangan pergi ke Kelantan? Siapa? Siapa? Tidakkah fenomina ini juga telah memecahkan orang Melayu? Kenapa hukum Allah swt diperlekeh dan tentang?
PAS dan PKR adalah dua parti serpihan yang lahir daripada UMNO kerana kecewa serta gagal dalam perjuangan dan dua parti ini berjuang lebih kepada kepentingan sendiri. Dalam konteks ini, 1998 merupakan tahun yang 'menghitamkan' sejarah Malaysia dima Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari jatamnya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO hanya berdasarkan kepada fitnah yang direka dan akhirnya Mahkamah telah memutuskan bahawa DSAI didapati tidak bersalah. Ketika itu ummat Islam dan bangsa Melayu telah diaibkan dan dihina begitu teruk sekali. Lantaran itu dengan kehendak Allah swt, pelbagai peristiwa ngeri telah berlaku kepada mereka=mereka yang terlibat dengan fitnah itu dan ada diantara mereka hingga kehari ini masih menanggung keperitan balasan dari Allah swt. Adakah peristiwa ini tidak mengundang kepada perpecahan orang Melayu? Siapa dan siapa yang telah menghina ummat Islam dan orang Melayu khususnya ahli keluarga DSAI sendiri. Betapa azabnya seorang hamba Allah swt yang dinafikan haknya untuk menziarahi jenazah ahli keluarga terdekat meninggal dunia. Siapa dan siapa?
Perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara masih diteruskan UMNO. Pada tahun 1993 siapa dan golongan mana yang telah merampas hak keistimewaan Raja-Raja Melayu? Siapa dan golongan mana yang menentangnya? Bukankah PAS menentangnya? Kenapa PAS menentangnya? Kerana PAS merasakan bahawa Raja-Raja Melayu merupakan 'payung' bagi orang-orang Melayu. Justeru itu, siapa dan siapa yang memecahbelahkan orang Melayu? Raja-Raja Melayu sebagai payung agama kenapa diporak perandakan? Apa dah berlaku di Perak dan di Selangor? Bukankah kesan dari kuasa dan hak Raja-raja Melayu telah ditarik balik. Siapa yang derhaka? Adakah rakyat negeri Perak dan Selangor atau......UMNO?
Kalau dikatakan UMNO berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kenapa fitnah masih berkumandang? Kenapa agama masih diperlekeh, kenapa negara menghadapi pelbagai jenayah dan kerosakkan moral? Rasuah, bunuh, rogol, buang bayi dan pelbagai jenayah yang merosakkan agama, bangsa dan negara masih meningkat? Kenapa kepimpinan UMNO dipelbagai peringkat melakukan jenayah sosial? Kenapa ditutup dan diselimutkan kes-kes yang melibatkan kepimpinan UMNO?
Kalau hendak disenaraikan kebejatan UMNO terlalu banyak dan amat memalukan UMMAT ISLAM dan BANGSA MELAYU. Oleh yang demikian, kepimpinan UMNO dan ahli UMNO, BERMUHASABAH DIRI demi menjaga martabat dan maruah ummat Islam dan bangsa Melayu. UBAHLAH SEKARANG DAN SELAMATKAN MALAYSIA.
Pembaca boleh merujuk kepada BERITA HARIAN Isnin 7 Febuari, 2011 muka surat 18 - RENCANA BERTAJUK 'MENGUPAS PERMASALAHAN, MASA DEPAN MELAYU' (HASPAIZI MOHD ZAIN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan