- PENYOKONG BN
"APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN NILAI ISLAM ITU." -CHUA SOI LEK
Dua kenyataan di atas memperlihatkan betapa sombongnya manusia sesama manusia. Betapa malangnya rakyat Malaysia khususnya rakyat di DUN Tenang yang akan menentukan siapa calon yang layak untuk menjadi wakil mereka.
Dalam ceramah politik PRK DUN Tenang, YAB Lim Guan Eng dijadualkan berceramah di Felda Chempelak. Sebelum ketibaan beliau satu kumpulan penyokong BN yang memakai baju T BN telah berusaha untuk menggagalkan cermah tersebut dengan membuat pelbagai provokasi serta mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar. Tak cukup dengan itu, mereka telah menayangkan sekeping manila card yang bertulis 'jangan jadi bodoh dengar cakap kafir.' (lihat gambar) Sungguh hebat mereka ini. Mengapa begitu dangkal sekali pemikiran mereka? Kalau mereka yang berakal apa salah kita mendengar lepas itu fikirkanlah samada boleh diterima ataupun tidak. Inilah sebahagian didikan yang diberikan oleh UMNO kepada ahlinya sehinggakan ahli-ahli UMNO tidak dapat berfikir dengan waras. Betapa malangnya kelompok melayu yang tidak tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Keghairahan telah melahirkan kedangkalan yang amat memalukan.
Diwaktu yang sama juga seorang pemimpin yang bergelar Presiden MCA telah membuat satu kenyataan yang jelas menghina Agama Islam dengan mengeluarkan kenyataan, "APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN NILAI ISLAM ITU." Ini merupakan satu kenyataan yang melampaui batas-batas kesopanan dan kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip-prinsip RUKUN NEGARA.
Apa bezanya antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng? Bukankah kedua-dua kafir? KENAPA MEREKA-MEREKA DALAM GAMBAR ITU TIDAK MENENTANG ATAU MENGANGGU CERAMAH CHUA SOI LEK YANG TERANG-TERANG TELAH MENGHINA ISLAM sebagaimana yang disebut oleh SS Mufti Kerajaan Negeri Perak? Kenapa ada DWI STANDARD dalam perjuangan UMNO/BN? Kenapa UMNO menjadi MELAYU HAPRAK? Mantan PM Tun Mahathir ada menyatakan perkataan 'MELAYU HAPRAK' JELAS YANG HAPRAK ADALAH MELAYU UMNO.
Siapa yang membangkit isu bersalam? Bukankah Chua
Soi Lek kemudian disambut dan disambung oleh dengan lunak oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Sekali lagi betapa malangnya.........!
Siapa pula yang menentang Pindaan Perlembagaan Negeri Selangor dalam sidang khas pada 24.1.2011 yang lalu? Bukankah dari kalangan ADUN UMNO? Siapa yang merampas Kerajaan Perak dari PR? Bukankah dari UMNO juga? Siapa yang menaikkan harga barang keperluan harian? UMNO lagi!!!!! Siapa yang memijsak kepala lembu di Shah Alam? Tidak ada orang lain melainkan UMNO juga. Aduhai!
SUDAH JELAS DAN TERANG UMNO/BN SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI, JUSTERU ITU UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA. Pengundi-pengundi di PRK Tenang buatlah pilihan yang bijak dengan mengundi calon PAS. Bagi pengundi-pengundi di Merlimau Melaka yang akan mengundi dalam PRK DUN Merlimau, ayuh! BERUBAHLAH SEKARANG UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA LUPAKAN UMNO/BN UNDILAH CALON PR.
'SELAMAT MENGUNDI'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan