"Mendaya bangsa meneraju kemakmuran". ucapan dasar presiden UMNO.
Ucapan dasar Presiden UMNO yang menakjubkan semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO. Ungkapan yang penuh pengertian lahir dari seorang pemimpin yang berprestij tinggi, malangnya ungkapan tersebut amat memalukan bangsa sendiri dan parti yang diterajuinya.
Mari kita sama-sama merujuk kepada KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT YANG DITERBITKAN OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA muka surat 321 untuk mencari maksud sebenar perkataan 'MENDAYA'.
MENDAYA(memperdaya) membawa maksud menjalankan tipu daya(muslihat) atau lebih tepat lagi MENIPU. Jelas dan nyata bahawa UMNO sememangnya telah memperdayakan bangsanya sendiri semenjak ia ditubuhkan. Bangsa Melayu terus menerus terpedaya dengan permainan politik UMNO dulu, kini dan selamanya. Secara langsung Najib telah memperakui bahawa UMNO telah memperdayakan bangsanya sendiri demi kemakmuran, kononnya.
Bajet 2011 jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu telah diperdaya dengan amaun-amaun yang mengelirukan. Dimana faedahnya kepada bangsa Melayu secara keseluruhannya dengan mendirikan bangunan 100 tingkat, menghapuskan cukai kepada 300 item termasuk seluar dalam, baju dalam dan lain-lain yang diluar kemampuan sesetengah bangsa Melayu untuk membelinya atau memilikinya. Kebanyakan masyarakat Melayu luar bandar amat sukar untuk membeli seluar dan baju dalam yang berjenama melainkan mereka hanya mampu membeli dengan kadar harga yang berpatutan dan berkemampuan selaras dengan pendapatan yang diperolehi. Bagaimanakah yang dikatakan meneraju kemakmuran?

Jangan disebabkan kerana menjaga prestij dan meneruskan kuasa memerintah, bangsa sendiri menjadi mangsa. "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran" sememangnya tidak sesuai diungkapkan demi menjaga keharmonian bangsa. Bangsa Melayu khususnya diluar bandar sudah cukup menderita dengan pelbagai kos saraan hidup yang tinggi akibat dari kecuaian dan kerakusan pihak tertentu.
Sungguh malang nasib bangsa kerana ditipu oleh pemimpin bangsa sendiri dulu kini dan selamanya. Amat malang bagi Najib, penulis skrip ucapannya tidak peka dengan pengertian dan maksud. KEINDAHAN MENERJAH KEJAHILAN, KEJAHILAN MEMPERLIHATKAN KEANGKUHAN, KEANGKUHAN MEREALISASIKAN PENGKHIANATAN. DIHUJUNG JARI TERDAMPAR PENDERITAAN............... ADA SIAPA YANG PEDULI.............yang sedih terus menanggis, yang gembira akan terus tertawa dan yang malu...... bangsa sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan