PROF.DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADHAWI

dosa-dosa besar dalam hal urusan sosial dan politik, seperti: -keadilan sosial yang tempang dan pincang -tidak adanya kebebasan berkarya dan bergerak -hak-hak masyarakat yang dicabuli -kehormatan manusia yang telah dicemari dan dicerobohi -penyerahan urusan kepimpinan bukan kepada mereka yang berhak -pemaulsan suara pilihanraya-perompakan harta negara milik rakyat -memberikan keistimewaan untuk menjadi pemimpin turun temurun kepada keluarga tertentu -pembaziran harta negara -tidak adanya sistem syura di dalam kerajaan. -PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QADHAWI































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Rabu, April 27, 2011

1MALAYSIA: nikmat Islam

".........pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagikamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redha bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu................."
KALAU KITA MENGEMUKAKAN PERTANYAAN DAN MEMINTA SESEORANG MENYENARAIKAN NIKMAT TERPENTING YANG DITERIMANYA, MAKA KITA AKAN DIKEMUKAKAN DENGAN BEBERAPA NIKMAT TERTENTU, YANG ANTARANYA KEKAYAAN HARTA BENDA, PANGKAT KEDUDUKAN, KEPAKARAN DALAM BIDANG-BIDANG TERTENTU DAN KEJAYAAN ANAK-ANAK. JARANG SEKALI KITA MENDAPAT JAWAPAN YANG MENYEBUT BAHAWA NIKMAT YANG DITERIMANYA IALAH ISLAM. TIDAK RAMAI YANG MENYEDARI DAN MENGAKUI BAHAWA AGAMA ISLAM YANG DIANUTINYA ITU ADALAH SEBESAR-BESAR NIKMAT DARI ALLAH swt. KENAPA HAL INI TERJADI??????

Diantara sebab utama yang menjadikan seseorang itu terlupa akan nikmat Islam ini ialah kemungkinan mereka tidak merasai apa-apa keistimewaan yang diperolehi dari Islam itu sendiri.

Keadaan tidak merasai Islam sebagai nikmat terpenting dan mulia dari Allah swt perlu diperbetulkan. Ummat Islam, walau dengan apa juga jalannya mestilah menyedari akan betapa beruntungnya menjadi seorang muslim yang hidup dan matinya tetap sebagai seorang muslim. Sesungguhnya kepentingan menjadi seorang muslim lebih utama dari segala keberuntungan yang lain, sama ada berupa harta benda, pangkat kebesaran atau yang lain-lainnya.

Tujuan manusia dijadikan oleh Allah bukanlah setakat mencari kebahgiaan di dunia ini sahaja, malah kebahgiaan di akhirat juga. Kebahgiaan di dunia tidak akan dapat dicapai tanpa peraturan dan undang-undang yang tersusun rapi, adil dan saksama, samada dalam mengatur hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Islam adalah agama yang dicipta dan diturunkan oleh Allah swt untuk menjamin keselamatan dan kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat. Matlamat syariat Islam adalah untuk memelihara agama, akal, keturunan, kehormatan diri, harta benda, nyawa dan keharmonian negara. Lantaran itulah, Islam menentukan hukum-hakam atau peraturan tertentu bagi menjamin aspek-aspek tersebut kekal terpelihara. Yang dimusuhi dan dibenci oleh Islam ialah cara menggunakannya yang bersalahan serta bertentangan dengan syariat sebenar Islam, cara yang tidak merujuk kepada hukum halal-haram dan dosa-pahalanya. Sebagai seorang Islam, marilah kita bersyukur kepada Allah swt yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat Islam itu sendiri. Sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah swt memperkuatkan iman dan taqwa kita menuju ke alam akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:

Tidak aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada aku.

Apabila matlamat hidup yang hakiki itu dipalingkan sesuatu yang palsu, maka manusia pasti berusaha mencapainya walau dengan cara apa sekalipun, walaupun usahanya itu terang-terang berlawanan dengan prinsip kemanusiaan dan undang-undang Allah swt. Bila demikian keadaannya, tak hairanlah ada dikalangan manusia menempah kemasyuran dirinya diatas kehancuran orang lain. Ada yang membina tapak jaya keatas keruntuhan orang lain, ada yang mengecap bahgia diatas derita orang lain, ada yang sanggup mempamirkan usaha kerja diatas penat lelah orang lain. LEBIH MALANG LAGI DARIPADA ITU ADA YANG SANGGUP MENCACI, MENGHINA DAN MELAKUKAN FITNAH, SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT HIDUP DAN BERKUASA. "KECELAKAAN BESAR BAGI TIAP-TIAP PENCACI DAN PENGKEJI". MENCACI, MENGHINA DAN MENGADU-DUMBA ADALAH SESUATU PERBUATAN YANG KEJI SERTA DIKUTUK OLEH SYARAK.

Selama hampir TIGABELAS TAHUN DSAI dihina, disiksa dan aibkan seisi keluarga semata-mata ada dikalangan ummat Islam yang memiliki hati yang bertentangan dengan hukum dan peraturan Islam. Pelbagai fitnah dan tohmah dilontarkan kepada DSAI dan keluarga WALAUPUN pelbagai pendapat dan pandangan dari golongan ulamak namun mereka masih meneruskan agenda mereka demi mengekalkan kuasa dan membalas dendam kesumat yang tak pernah padam.

Ummat Islam hari ini secara sedar atau pun tidak telah MENGUNDANG MALAPETAKA dari Allah swt. Sebagaimana yang telah diketahui, Allah swt telah memerintahkan supaya jangan sekali-kali menghina, memfitnah dan mengaibkan seseorang apatah lagi yang dihina, difitnah dan diaibkan itu dari kalangan ummat Islam sendiri. Adakah ummat Islam hari ini sudah hilang pendoman disebabkan oleh kuasa dan harta kekayaan? Betapa malangnya ummat Islam hari ini!

Bukan sekadar individu-individu tertentu sahaja yang terlibat malah dengan secara langsung telah menyeret begitu ramai ummat Islam yang lain. Baru-baru ini, Video Sex siri kedua telah dimuat turunkan ke dalam youtube menyebar luaskan apa yang terkandung didalamnya. TV dan media massa yang lain begitu ghairah memperkatakannya. Tidakkah Pembaca Berita Perdana jam 8.00mlm merasa berdosa mengambil peranan menyambung dan menyampaikan berita tersebut? Sedangkan kedua-dua mereka adalah dari kalangan ummat Islam? Sempatkah mereka itu bertaubat dan memohon ampun kepada ummat Islam yang lain? Sedar atau tidak mereka telah secara langsung MENGHINA agama Islam? Sebagai mukmin sepatutnya mereka menggunakan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt untuk menyuruh manusia berbuat baik dalam usaha menghasilkan masyarakat yang berakhlak. Firman Allah swt yang bermaksud: seseorang muslim yang sempurna Islamnya ialah mereka yang terselamat orang Islam dari lidahnya dan tangannya.



"YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN UJIAN MU YA ALLAH. AKU MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH, KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN AKU UNTUK MENGHADAPI HATI-HATI MEREKA YANG SOMBONG DAN TAKHBUR YANG TELAH MEMBUAT FITNAH KEATAS DIRIKU INI YA ALLAH. SEKIRANYA PERBUATAN MEREKA ITU MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA AGAMA MU, KAU TERIMA LAH DAN SEKIRANYA PERBUATAN MEREKA ITU MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA AGAMA MU, KAU KEMBALIKAN KEPADA MEREKA SEBAGAIMANA FIRMAN MU: (setelah itu) dikatakan kepada mereka: masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu didalamnya, maka seburuk buruk tempat bagi orang-orang yang sombong dan takhbur ialah neraka jahanam. Ya Allah, engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau cabut(lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki, didalam tangan kekuasaan engkau segala kebaikan, sesungguhnya engkau berkuasa diatas segala sesuatu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan